Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Migrain Dan Sakit Kepala Kronik: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sakit kepala boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, namun sesetengah individu mungkin akan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Anda rasa, saya ada masa untuk sakit kepala?” Itu pertanyaan paling popular untuk salah satu jenama ubat antipiretik dan analgesik yang popular di pasaran. 

Bila berhadapan dengan sakit kepala, semua kerja tidak menjadi, emosi juga turut terjejas. Jika sakit kepala yang kronik, terpaksalah berbaring sepanjang hari. 

Sakit kepala boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, namun sesetengah individu mungkin akan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian apabila sakit kepala yang dialami mereka menjadi semakin serius, atau apabila mereka mula mengalami migrain. 

Tension headache merupakan jenis sakit kepala yang paling kerap dialami rakyat Malaysia (26.5%), diikuti dengan migrain (9.0%) serta pelbagai jenis sakit kepala lain (28.2%). 

Pakar Perunding Perubatan dan Neurologi, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Kok Chin Yong berkongsi bahawa tension headache dan migrain boleh bertukar menjadi sakit kepala kronik dengan kajian menunjukkan bahawa 2% daripada pesakit migrain bertukar menjadi pesakit migrain kronik setiap tahun.

Pakar Perunding Perubatan dan Neurologi, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Kok Chin Yong
Pakar Perunding Perubatan dan Neurologi, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Kok Chin Yong

“Sakit kepala kronik boleh diklasifikasikan sebagai sakit kepala yang berlaku selama 15 hari atau lebih dalam tempoh sebulan, selama tiga bulan atau lebih. Walaupun ia tidak semestinya menjadi petanda kepada satu penyakit yang lebih serius, sakit kepala kronik tidak boleh dipandang ringan.

“Anda perlu dapatkan rawatan perubatan jika sakit kepala yang dialami disertai dengan simptom lain seperti rasa kebas, lemah badan, sukar bercakap dan berjalan, gangguan penglihatan, demam dan penurunan berat badan,” terang Dr Kok. 

 

Punca sakit kepala dan cara merawat

Dr Kok berkongsi bahawa kebanyakan pesakit mengalami sakit kepala berepisod yang datang dan pergi, di mana sesetengah daripada mereka memerlukan sedikit atau tidak memerlukan sebarang ubat. 

Sesetengah daripada pesakit yang mengalami sakit kepala kronik juga menderita daripada medication overuse headache (MOH) yang sebahagian besarnya kurang didiagnos, namun masih boleh dirawat dengan menggunakan ubat tahan sakit secara terkawal untuk mengurangkan tahap kesakitannya. 

“Migrain boleh mengehadkan serta mempengaruhi kualiti kehidupan dan kerja seseorang. Ia boleh menjadi semakin teruk selepas melakukan aktiviti fizikal, lalu mempengaruhi konsentrasi dan fokus. 

“Situasi ini sudah pasti boleh mengurangkan tahap kecekapan mereka di tempat kerja. Sakit kepala berepisod pula boleh dihindarkan daripada menjadi migrain kronik melalui pengambilan ubat pencegahan dan membuat perubahan gaya hidup,” ujar beliau lagi.

Perubahan gaya hidup ini termasuklah melakukan senaman dengan kerap, menguruskan tekanan dengan baik dan mendapatkan tidur yang mencukupi. 

“Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur yang berkualiti, jangan ambil minuman beralkohol untuk tidur serta jangan ambil kafein selepas jam 3 petang kerana ia boleh mengganggu kualiti tidur. 

“Kurangkan masa melihat skrin alatan elektronik kerana ia juga boleh mencetuskan migrain. Terutamanya dalam kalangan orang muda kerana pesakit dalam golongan umur ini lebih sensitif terhadap cahaya dan bunyi yang boleh membuatkan migrain mereka menjadi semakin teruk. 

“Kunci utama untuk mengelak migrain adalah sistematik. Pesakit yang menghidapi migrain perlu mempunyai jadual makan dan tidur yang teratur.

“Jika seseorang itu kerap mendapat serangan migrain, dia harus tahu bahawa terdapat ubat-ubatan pencegah yang sememangnya baik dan berkesan untuk mengurangkan bebanan sakit yang dialami. 

“Sesetengah ubat-ubatan pencegah ini hadir dalam bentuk pil dan ada juga dalam bentuk suntikan. Ubat pencegah dalam bentuk suntikan lebih mudah untuk diawasi dan boleh mengurangkan kekerapan dan keseriusan serangan migrain,” jelas Dr. Kok lagi.

 

Petanda masalah kesihatan yang lebih serius

Pakar Bedah Neuro, SMVC, Dr Gerard Arvind Martin, menambah bahawa pesakit dengan sakit kepala yang berlarutan atau semakin teruk kadangkala boleh membawa kepada penyakit saraf yang mengancam nyawa dan jika tidak dirawat, boleh membawa maut.

Pakar Bedah Neuro,  Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMVC), Dr Gerard Arvind Martin
Pakar Bedah Neuro, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMVC), Dr Gerard Arvind Martin

Beliau berkongsi bahawa sesetengah sakit kepala boleh menjadi petanda tumor yang mengakibatkan sakit kepala di seluruh bahagian atau di sesetengah bahagian kepala. 

“Kami telah melihat perkara ini menjadi realiti kepada pesakit yang mengalami sakit kepala yang disebabkan oleh tumor atau keadaan vaskular seperti aneurysm. 

“Tumor boleh menjejaskan kawasan tertentu dengan cara menekan atau berkembang di dalam otak, seterusnya menyebabkan simptom terasa di bahagian kepala yang terjejas.  

“Tumor boleh membesar secara perlahan atau cepat lalu menekan otak dan menyebabkan otak memberi reaksi kepada tisu tumor tersebut, lalu pembengkakan otak dan sakit kepala pun berlaku,” tambah Dr Gerard. 

Selain daripada sakit kepala, pesakit juga boleh memerhati sama ada fungsi neurologi lain terjejas atau tidak, seperti kemerosotan dalam membuat keputusan, pemikiran dan daya ingatan. Sawan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas sakit kepala juga boleh dijadikan petanda kepada tumor otak. 

“Apabila pesakit datang ke hospital dengan beberapa atau kesemua simptom ini, ujian imbasan CT akan dilakukan sebagai ujian saringan awal dan ujian MRI akan dilakukan bergantung kepada hasil ujian imbasan CT serta plan rawatan yang disyorkan kepada pesakit,” kata Dr Gerald lagi. 

Namun begitu, Dr Gerard menekankan bahawa bukan semua sakit kepala boleh menjadi petanda kepada penyakit saraf yang merbahaya. Pesakit harus mengambil kira faktor-faktor yang lain terdahulu.

“Walaupun perkara ini membimbangkan, sakit kepala sebenarnya boleh berlaku disebabkan oleh anggota kepala yang lain seperti mata, telinga, leher, sinus atau gigi. 

“Oleh itu, pesakit perlu mengambil kira keadaan di bahagian tersebut dahulu dan beritahu doktor semasa menjalani konsultasi pertama.

“Mereka yang mengambil tindakan awal terhadap simptom yang dialami serta mendapatkan rawatan yang tepat boleh memperbaiki keadaan mereka dan bergantung pada diagnosis, dapat terus menjalani kehidupan yang lebih bermakna," hurai Dr Gerard.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan konsultasi pakar, anda boleh menghubungi hospital ini di 03-9772 9191 atau email ke [email protected].  Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunmedvelocity.com.my - Getaran, 17 Jun 2022

Artikel dan foto sumbangan Sunway Medical Centre Velocity

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

2

Pendidikan 7 bulan yang lalu

'KPT Tolonglah, Mereka Mahu Lanjutkan Pelajaran Dalam Jurusan Perubatan' - Dr Nelson

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Rom: Pakar Psikiatri Maut Diserang Bekas Pesakit

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki