Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Istiqamah Ibadat Selepas Ramadan

Penulis undangan kami Ustaz Andi berkongsi beberapa cadangan dan cara untuk kekal istiqamah selepas Ramadan berlalu.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis memulakan coretan ini dengan sebuah hadith untuk tatapan semua pembaca. 

Rasulullah SAW bersabda :

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit." 

(Hadith Riwayat Bukhari, no 6465)

Perasaan sedih meninggalkan Ramadan dan harapan untuk bertemu lagi Ramadan pada tahun hadapan merupakan fitrah jiwa orang yang cintakan amal soleh seperti mana dinyatakan oleh Mu’alla bin AlFadhl, (salah seorang ulama tabi’ tabiin) : 

“Para salaf terdahulu, selama enam bulan sebelum datangnya Ramadan, mereka berdoa agar Allah SWT mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan. Kemudian, selama enam bulan sesudah Ramadan, mereka masih berdoa agar Allah SWT menerima amalan mereka sepanjang bulan Ramadan yang lalu.”

Oleh itu, sewajarnya semangat dan kesungguhan kita dalam mentaati perintah Allah SWT sepanjang Ramadan yang lalu diteruskan sepanjang hidup kita. Itulah matlamat Ramadan yang sebenarnya untuk membentuk seseorang itu menjadi insan yang bertakwa. Takwa yang tidak bermusim dan tidak bertempat. 

Bila sebut berkenaan membentuk insan menjadi insan yang bertakwa tanpa musim, ia mengambil kira perkara meneruskan momentum ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Kerana Ramadan umpama satu kursus buat semua umat Islam.

Seorang majikan yang ingin meningkatkan produktiviti pekerjanya, pasti menghantar pekerjanya ke sebuah kursus dengan harapan selesai kursus yang dihadiri, kualiti kerjanya bertambah, ilmu baru diperoleh yang akhirnya produktiviti syarikatnya akan meningkat. 

Begitulah yang boleh kita gambarkan dengan Ramadan dan selepas Ramadan. Momentum hadir ke masjid dan surau solat berjemaah, mengikuti majlis ilmu, bersedekah, membaca al-Qur’an dan puasa jangan dibiarkan sepi setelah Ramadan berlalu.

Ini juga merupakan manifestasi tanda syukur kita dengan nikmat Bulan Ramadan yang telah berlalu, iaitu kalau tidak dipertingkatkan pun, momentum itu kekal sama. 

Mungkin dalam kalangan kita ada yang mampu untuk mengekalkan momentum ibadah. Namun ada sebilangan kalangan kita juga yang tidak mampu beristiqamah dalam ibadah.

Sebabnya kita ini merupakan hamba Allah SWT yang sentiasa naik dan turunnya iman. Maka menjadi keperluan untuk kita sentiasa cas semula semangat kita dalam beribadah.

Sebelum kita berkongsi apakah amalan-amalan yang boleh diteruskan sepanjang bulan-bulan selepas Ramadan, suka penulis berkongsi panduan untuk kita cas semula semangat dalam beribadah supaya terus istiqamah dengan amal soleh yang dilakukan.

Antaranya adalah:

1. Sentiasalah ikhlas dalam setiap amalan yang kita lakukan. Persoalannya, mengapakah semangat kita beramal soleh pada bulan Ramadhan lebih hebat berbanding dengan keadaan kita di bulan yang lain? Adakah kita beramal hanya kerana disebabkan bulan Ramadan? Sekiranya amal soleh yang kita lakukan ikhlas kerana Allah SWT, sepatutnya segala kebaikan tersebut kita istiqamah laksanakannya sepanjang masa dalam kehidupan.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels


2. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar kita dikurniakan kekuatan untuk melakukan amal soleh dan dijauhkan daripada godaan iblis dan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat dan dosa. Rasulullah SAW sering berdoa sepertimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis apabila Syahr bin Hausyab RA: 

"Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?" Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) - “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” 

Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. Lalu Baginda SAW menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya."

(Hadith Riwayat Imam Ahmad, no 26618)

3. Berusahalah mencari sahabat dan persekitaran yang baik. Sahabat yang baik akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan bahkan menegur kesalahan dan dosa yang kita lakukan.

Sahabat yang dimaksudkan boleh jadi sahabat sekuliah, sepekerjaan, setaman, atau mungkin teman hidup antara suami isteri. Manakala suasana persekitaran juga penting kerana sedikit sebanyak membantu kita meneruskan momentum kita sebagai hamba Allah  SWT yang bertakwa. 

Akhirnya, jika kita mendalami ketiga-tiga perkara ini, menurut hemat penulis ia akan membantu untuk mengecas semangat kita dalam meneruskan momentum ibadah Ramadan memasuki bulan-bulan seterusnya. Akhir sekali, marilah kita pegang pula amalan yang boleh kita teruskan. Antaranya ialah :-

1- Pelihara solat fardu agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau.

2- Lazimilah solat sunat rawatib dan solat sunat witir.

3- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendirikan qiyamullail dengan set jam penggera untuk bangun setiap malam.

4- Teruskan memperbanyakkan sedekah dengan perasaan belas ihsan kepada insan yang memerlukan. Digalakkan juga menyertai pertubuhan dan kelab yang sentiasa menjalankan kerja-kerja kebajikan dan amal. 

5- Sentiasa melazimi membaca Al-Qur’an dan terjemahan setiap hari paling kurang satu ayat. 

6- Jangan lupa melaksanakan puasa enam syawal dan puasa sunat yang lain. 

Mengakhiri coretan pada kali ini, penulis menyeru dan mengajak seluruh pembaca supaya menghayati beberapa pengajaran berikut untuk dijadikan pedoman hidup kita:


1. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengikhlaskan hati dalam beramal di sepanjang kehidupan.

2. Umat Islam hendaklah menguatkan hubungan dengan Allah SWT dengan memperbanyakkan doa agar diperkuatkan hati supaya istiqamah melaksanakan syariat Allah SWT.

3. Setiap muslim hendaklah bersegera melakukan amal soleh dan jangan bertangguh. Kerana sikap bertangguh membuka pintu kegagalan dan godaan syaitan.

Sekian, wassalam. Moga Allah terima semua amal kita di bulan Ramadan. - Getaran, 6 Mei 2022.

Gambar fail kecuali tertera.

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki