web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aidilfitri : Penjual Bunga Di Tanah Perkuburan Raih Rezeki Lumayan

Permintaan terhadap bunga segar biasanya lebih tinggi pada musim perayaan sekali gus memberi peluang kepada peniaga sambilan sepertinya mengaut sedikit keuntungan untuk persiapan menyambut Syawal.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 7:00PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perayaan Aidilfitri yang disambut semalam turut memberi rezeki lumayan kepada penjual bunga di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang.

Mengikut kelazimannya Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak akan menjadi tumpuan waris, khususnya mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri dengan menziarahi kubur keluarga tersayang namun perkara itu telah terhenti dua tahun ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), penjual bunga, Rosinah Md Hassan, 46, berkata, beliau berasa lega kerana perniagaan bunga di Tanah Perkuburan Islam ini dapat kembali beroperasi.

Menurutnya, permintaan terhadap bunga segar biasanya lebih tinggi pada musim perayaan sekali gus memberi peluang kepada peniaga sambilan sepertinya mengaut sedikit keuntungan untuk persiapan menyambut Syawal.

"Gerai jual bunga ini telah diwariskan kepada empat generasi dan setiap kali Ramadan, kami sekeluarga akan berniaga di sini untuk mencari sedikit keuntungan, selain memudahkan pengunjung yang mencari barangan berkenaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Rosinah berkata, Ramadan dianggap sebagai bulan rezeki kepada peniaga dan beliau cukup bersyukur dengan rezeki yang diterima untuk membantu menambah pendapatan bagi menyambut Syawal.

Katanya, beliau akan dibantu suami, adik dan anak untuk menguruskan perniagaan bunga yang akan mula beroperasi seminggu sebelum Aidilfitri dan sehingga hari raya ketiga.

"Setiap tahun, saya terpaksa mengambil cuti selama seminggu sebagai petugas di Hospital Pulau Pinang bagi menjalankan perniagaan yang bermula jam 7.30 pagi hingga 7 malam dan dua hari menjelang hari raya kami akan berniaga selama 24 jam sehingga pagi raya," katanya.

Katanya, antara jenis bunga yang dijual dan mendapat permintaan tinggi ialah ros, melor, rampai dan bunga segar tangkai selain bunga hancur yang dicampurkan bersama dengan harga dari RM5 hingga RM10 satu plastik manakala air cendana dan mawar pula RM5 sebotol.

"Orang ramai biasanya menziarahi tanah perkuburan sejak awal puasa hinggalah hari ketiga raya," katanya.

Seorang pengunjung, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, 75, berkata, kehadiran penjual bunga di kawasan perkuburan ini akan memudahkan pengunjung yang datang menziarah pusara ahli keluarga mereka.

"Pengunjung tidak perlu bersusah payah mencari bunga, kerana ia boleh dibeli dengan harga murah di depan pintu masuk ke kuburan ini," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati selain membersihkan persekitaran perkuburan dan mengecat batu nisan, ahli keluarga juga akan menaburkan bunga di pusara termasuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran, mendoakan si mati agar beroleh kesejahteraan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan