web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permaisuri Berangkat Ke World #QuranHour

World #QuranHour kali ke-7 membawa misi Surah Al-Sajdah dengan tajuk ‘Dunia Bersujud’ diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 24 Ramadan 1443H bermula 12 hingga 1 tengah hari.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 3:43PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merangkap pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacob dan  Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

World #QuranHour kali ke-7 membawa misi Surah Al-Sajdah dengan tajuk ‘Dunia Bersujud’ diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 24 Ramadan 1443H bermula 12 hingga 1 tengah hari.

Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis sepanjang tahun ini. 

Surah tersebut menjadi formula daripada llahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi dan Penyayang.

Program World #QuranHour dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat satu hingga tujuh yang dibimbing oleh Qari Ustaz Mohamad Husain Mahmur. 

Ia diikuti bacaan Surah Al-Sajdah secara bergilir oleh Qari Dr Anuar Hasin, Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Amirahman Abas dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Sementara itu sesi tadabbur pula disampaikan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

WUIF berkolaborasi dengan rakan sinergi untuk menjayakan misi #QuranHour melalui tiga program utama iaitu World #QuranHour yang diadakan hari ini, Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos dan World #QuranConvention dari 17 hingga 18 Dis. 

Program tersebut dinaungi JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain itu, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karangkraf Medicare Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.

Antara yang hadir pada program World #QuranHour ialah Ketua Pengarah ITC Datuk Dr Mohmed Razip Hassan, Rektor UIAM Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad