web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tinta Syurga, Papar Misi Naskhah Al-Quran Tulisan Tangan 

Misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-Quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia dipaparkan dalam Tinta Syurga, dokumentari istimewa bersempena Nuzul Quran. 

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam seluruh dunia adalah pada hari Nuzul Al-Quran di mana Allah SWT telah menurunkan mukjizat teragungNya iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.  Al-Quran itu untuk dibaca! 

Teknologi dan perkembangan sihat dalam penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia pada abad ke-21 ini memudahkan naskhahnya diperolehi. Namun, tahukah penghasilannya cukup rumit dan mempunyai cerita perjuangan yang cukup besar? 

Sempena dengan sambutan Nuzul Quran, sebuah dokumentari istimewa iaitu 'Tinta Syurga' akan membawa penonton melihat misi penghasilan mushaf (naskhah Al-Quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia di saluran TV3, jam 9 malam ini. 

Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan ayat-ayat suci Al-Quran sebenarnya dilakukan secara manual menggunakan tangan diatas kertas manuskrip bersaiz A1. Begitu juga dengan hiasan pada setiap halamannya yang dikenali sebagai seni zukhruf. Inilah antara cabaran misi mereka.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga turut memainkan peranan besar dalam memartabatkan kesucian Al-Quran di Malaysia. Setiap penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia wajib memperolehi cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap. 

Justeru sebuah entiti digelar Lajnah Tashih Al-Quran KDN membawa peranan cukup besar sebagai usaha kerajaan untuk memelihara kesucian ayat-ayat Al-Quran di Malaysia.

Dokumentari istimewa satu jam diterajui Penerbit, Nurul Fariha Onn ini merungkai bagaimana sejarah awal pengumpulan serta penyalinan wahyu Allah kepada sebuah mushaf sehingga membina tamadun ilmu yang tinggi di dalam dunia Islam. 

Penggambaran mengambil masa selama 14 hari bermula pada 25 Feb hingga 14 Mac 2022 yang membabitkan beberapa lokasi seperti di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Yayasan Restu, Shah Alam, Nasyrul Quran, Putrajaya, Masjid Al-Badr 1000 Selawat di Pulau Pangkor, Perak dan Kota Bharu Kelantan. - Getaran, 19 April 2022

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

3

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Ditahan Lempar, Koyak Al-Quran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden