Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Catat Skor Tinggi Bandar Bahagia

Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) sebagai negeri ‘Bahagia’ di Malaysia.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 8:54AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) sebagai negeri ‘Bahagia’, apabila kesemua daerahnya mendapat skor melebihi 80 peratus dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.

PLANMalaysia itu menyenaraikan 80 daripada 114 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan Sabah, mencapai skor melebihi 80 peratus (Bahagia) mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT, seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.

Di Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) Datuk Dr Razali Ab Malik berkata pembangunan setiap bandar di negeri itu, berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing, berpaksikan tiga teras pembangunan menerusi Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.

“Tiga teras itu adalah daerah Seremban dan Port Dickson sebagai pembangunan ‘Malaysia Vision Valley 2.0’ iaitu bandar metropolis yang berdaya saing inklusif dan bersih.

“Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol, sebagai pembangunan agropolis yang menerapkan elemen pertanian, serta Jelebu sebagai pembangunan biodiversiti yang menerapkan pemeliharaan sumber semula jadi,” katanya kepada Bernama.

Pantai di Port Dickson. Gambar: Sadiq Asyraf
Pantai di Port Dickson. Gambar: Sadiq Asyraf

Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia, iaitu peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam, serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.

Beliau berkata kelebihan negeri itu dapat dilihat, melalui penetapan peranan dan fungsi setiap bandar seperti Seremban yang berperanan pusat pentadbiran negeri, Port Dickson sebagai  bandar pelancongan dan Kuala Pilah adalah pusat warisan dan kebudayaan.

Katanya, sejajar dengan matlamat menuju negeri sejahtera, inklusif dan mampan menjelang 2045, kerajaan negeri juga akan terus memberi penekanan dan penambahbaikan aspek kesihatan, bagi memastikan akses terhadap penjagaan kesihatan, menangani kemiskinan secara menyeluruh, mempertingkatkan bekalan rumah mampu milik berkualiti, mempergiat aktiviti ekonomi, menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.

Tujuh daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai 1.2 juta penduduk mencatatkan skor penuh, dengan Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi 99.5 peratus, diikuti Jelebu (97.85 peratus), Jempol (89.07 peratus), Kuala Pilah (88.39 peratus), Port Dickson (85.76 peratus), Seremban (83.60 peratus), dan Rembau (81.91 peratus).

Di Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mencapai skor 91.97 peratus, mengatur pelbagai strategi di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat, bagi memastikan negeri itu terus mencapai status Bahagia.

Gambar: Mohd Azim Abd Rahman
Gambar: Mohd Azim Abd Rahman

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata ia merangkumi perkhidmatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, antaranya menyediakan infrastruktur, mengambil tindakan segera sekiranya berlaku masalah atau aduan, di samping melaksanakan pengindahan kawasan sekitar.

“Antara perkara dilakukan adalah seperti pemasangan lampu di kawasan gelap, membaiki kerosakan jalan, pembersihan, penyelenggaraan sistem perparitan dan sebagainya bagi memastikan keselamatan, keselesaaan dan kesejahteraan penduduk.

“Kita juga memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya membangunkan sistem SPiKTRA - M bagi tujuan penyuraian trafik dan kelancaran lalu lintas, dengan menggunakan algoritma Kecerdasan Buatan (AI) yang berupaya menghasilkan Sistem Lampu Hijau Bersepadu, dengan penjimatan masa sehingga 300 peratus,” katanya.

Zainal berkata langkah itu juga sebagai permulaan ke arah menjadikan Bandaraya Melaka sebagai bandar pintar, dan perkhidmatan yang diberikan MBMB itu secara tidak langsung memudah dan melancarkan urusan seharian penduduk di negeri itu.

Dalam indeks tersebut, selain MBMB, tiga PBT lagi turut mencatatkan skor tertinggi iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah(98.17), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40) dan Majlis Perbandaran Jasin (85.48).

Di Perlis pula Exco Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru Asmaiza Ahmad menyifatkan kemudahan dan prasarana yang terdapat di negeri itu dengan penduduk lebih 254.7 ribu, setara dengan negeri lain.

“Selain itu, cadangan projek ‘Perlis Inland Port’ (PIP) turut memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan lain di sekitarnya,” katanya sambil memberitahu Perlis di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangarm mencatatkan skor status Indeks Kebahagiaan 80.02 peratus. - Bernama

Infografik: Bernama
Infografik: Bernama

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Cantik Tak Perlu Sakit Dengan Rawatan Penyingkiran Rambut Strip AFT

oleh Rahayu MN