web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukum Pemasaran Produk Secara Melampau

Terdapat cara pemasaran barangan hari ini yang dianggap melampaui batas.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 8:30AM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai produk dipromosi dengan aneka cara masa kini. Selain media massa, media sosial juga menjadi wadah utama untuk pemasaran produk-produk ini.

Antara produk yang popular di pasaran sekaranga termasuk barangan kosmetik, ubat kurus dan seumpamanya. 

Namun, adakah cara pemasaran barangan ini dilakukan mengikut landasan yang betul dan tidak melampaui batas?

Hari ini segmen refeksi membincangkan isu berkenaan hukum pemasaran produk secara melampau atau dalam bahasa Inggerisnya overclaim.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Secara asasnya, hukum pemasaran secara melampau untuk apa jua barangan adalah haram. Ia sama seperti menipu pelanggan yang mempunyai hasrat untuk membelinya dengan tujuan tertentu. Salah satu etika berniaga menurut islam adalah seseorang itu perlulah bersikap jujur dalam berniaga, termasuklah dalam pengiklanan. 

Bahan dan informasi mengenai ubat-ubatan perlulah tepat dan tidak menggunakan kata-kata manis yang berlebihan bagi menarik pelanggan untuk membelinya. 

Ini kerana kaedah pemasaran tersebut boleh memanipulasikan fikiran pelanggan seterusnya memberikan kesan yang tidak sama selepas menggunakan barangan yang dibeli atau tidak mencapai kehendak pengguna seperti yang didakwa penjual. 

Pengguna perlu meneliti dan sentiasa membuat penyelidikan terlebih dahulu terhadap bahan yang digunakan dalam sesuatu produk sebelum membelinya. 

Perbuatan sebegini adalah dilarang sama sekali dan berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.

Surah al-Baqarah (188)

Imam al-Baghawi menerangkan ayat di atas sebagaimana berikut:

أَيْ لَا يَأْكُلُ بَعْضُكُمْ مَالَ بَعْضٍ بِالْبَاطِلِ أَيْ مِنْ غَيْرِ الْوَجْهِ الَّذِي أَبَاحَهُ اللَّهُ

Maksudnya: Janganlah kamu makan harta sebahagian kamu dengan cara yang batil iaitu daripada cara yang tidak diharuskan Allah. (Rujuk Tafsir al-Baghawi 210/1)

Tambahan lagi, perbuatan ini juga sama seperti larangan Rasulullah SAW terhadap peniaga yang melakukan penipuan terhadap produk jualannya. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ: مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، ‌مَنْ ‌غَشَّ ‌فَلَيْسَ ‌مِنِّي

Maksudnya: Rasulullah SAW melewati selonggok makanan (yang dijual), kemudian baginda memasukkan tangan ke dalam longgokan makanan itu. Baginda merasakan makanan tersebut telah basah lalu bertanya kepada penjual: “Apakah ini wahai pemilik makanan?”. Dia menjawab, “Makan tersebut terkena hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapakah kamu tidak meletakkan makanan yang basah itu di bahagian atas supaya orang dapat melihatnya? Siapa yang menipu maka bukan dari kalanganku.”

Riwayat Muslim (102)

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Antara kesan jangka panjang lain promosi atau pemasaran yang melampau adalah ia boleh menyebabkan pelanggan berasa tertipu dan mereka akan berhenti membeli produk berkenaan. 

Ini akan menyebabkan prestasi jualan jatuh pada fasa seterusnya dan lazimnya tidak akan bertahan lama. 

Selain itu, testimoni produk juga perlu dilaksanakan dengan betul dan asli bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan. 

Melalui cara ini tiada keraguan akan timbul untuk pelanggan mendapatkan kembali dan menggunakan semula sesebuah produk dengan kerap.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Apabila pelanggan merasakan produk perubatan yang dibeli tidak memberi kesan seperti mana yang ditulis atau diuar-uarkan, ia boleh menimbulkan kemarahan pengguna. 

Sebagai peniaga, perkara ini antara yang paling ditakuti oleh mereka kerana ia boleh menjatuhkan imej sesebuah produk. 

Apatah lagi di hari ini banyak transaksi pembelian dilakukan secara dalam talian dan dikongsi di laman sosial.

Pelanggan boleh membuat penilaian serta memberikan pendapat pada ruangan komen yang disediakan untuk menyatakan pengalaman mereka selepas menggunakan sesebuah produk. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Selanjutnya, teknik pemasaran yang melampau juga boleh mendatangkan kesan buruk terhadap tahap kesihatan pengguna jika tidak memeriksa bahan yang dibeli. 

Tidak semua badan manusia boleh menerima tidak balas yang serupa terhadap sesuatu bahan yang diambil. 

Akibatnya ia mampu mendatangkan alahan atau kesan sampingan lain yang mungkin lebih serius.

Perkara ini sering berlaku apabila pengguna terpedaya dengan kata-kata atau informasi yang disampaikan mengenai sesuatu produk sehingga mereka lupa dan tidak peka dengan isi kandungan yang dilabelkan pada barangan tersebut. 

 Gambar: pharmacy.gov.my
Gambar: pharmacy.gov.my

Tidak salah untuk membeli atau mencuba produk kesihatan yang ada di pasaran. Akan tetapi sebagai pembeli yang bijak, kita perlulah melihat kesahihan sesebuah produk itu serta memastikan yang ia selamat digunakan. 

Di Malaysia kita perlu pastikan ia disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Pastikan setiap barang mempunyai pelekat hologram daripada KKM yang menandakan ia sudah menjalani proses pengesahan dan lulus untuk digunakan.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Maka, tidak salah untuk membuat pemasaran yang luar biasa bagi menarik perhatian pelanggan, akan tetapi pastikan informasi yang diberikan betul dan tepat. 

Ini bagi mengelakkan daripada pelanggan berasa tertipu dan memastikan perniagaan yang dijalankan diberkati Tuhan. Wallahualam. - Getaran, 18 Mac 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN