web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mencintai Dalam Sepi: 5 Tanda Perlu Peduli

Awas! Jangan sampai sesat dalam jerat percintaan, ambil tahu lima petanda yang menghalang anda daripada bercinta.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Anthony Tran

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apakah anda merasa anda telah melakukan segalanya yang termampu dalam perjalanan mencari cinta? Namun sepertinya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan. 

Berpacaran tampaknya mudah. Jika kita melakukan ‘ini’ atau melakukan ‘itu’ seperti yang dicanang doktor-doktor cinta di luar sana.

Hantarkan mesej kasmaran dan pesanan yang romantis, pergi bercanda di kafe-kafe eksentrik atau gunakan aplikasi carian jodoh itu dan ini. 

Kedengaran mudah bukan? 

Tetapi mungkin ada antara kita berasa, “Aku sudah buat yang terbaik, tetapi kenapa masih lagi ‘sesat’ dalam mencari cinta?” Ataupun kita sudah melakukan semua langkah tetapi akhirnya ‘terseliuh’ di pertengahan jalan?

Mengapa, ya? 

Saat kita terfikir tentang bagaimana mencari jalan untuk menemukan resolusi agar perhubungan kekal lama - yang dicari-cari semua yakni cinta sejati - yang tak berbolak-balik, yang kekal abadi, kita harus melihat jauh lebih dalam. 

Perhubungan memerlukan anda mengambil risiko, melepaskan dan menyerah diri pada banyak perkara di luar batasan anda.

Seraya itu, kami titipkan lima petanda anda mungkin ‘terperangkap’ dalam jerat cinta yang tersembunyi, yang menghalang anda dari terus jatuh cinta, yang juga mungkin tidak pernah pun anda peka selama ini.

Berikut merupakan lima tanda tersebut:

Gambar: Kelly Sikkema 
Gambar: Kelly Sikkema 

1 – Samar-Samar

Kesamaran terjadi apabila apa yang anda fikirkan atau katakan, tidak sehaluan dengan apa yang anda lakukan. Misalnya, anda mengatakan yang anda benar-benar ingin bertemu seseorang, tetapi sebenarnya anda lebih komited untuk hal-hal yang lain seperti pekerjaan atau perniagaan.

Anda lebih meluangkan masa untuk melakukan tanggungjawab itu tadi, berbanding meluangkan masa untuk diri anda sendiri.

Tidak ada yang benar atau salah di sini. Memberi tumpuan kepada kerjaya juga penting dalam kehidupan, tetapi bila mana hati anda sudah terdetik untuk berpasangan, anda juga harus meluangkan masa buatnya.

Pada suatu ketika, anda harus menarik nafas dan berfikir sejenak. Apa yang lebih penting kepada anda buat masa sekarang. Kerjaya atau soal hati? Hanya anda yang dapat menjawabnya.

2 – Trauma 

Terkala kita tidak begitu menyedari akan rasa sakit dan perit yang masih kita lalui. Ia boleh jadi daripada perhubungan sebelum ini.

Ataupun tentang perhubungan tak menjadi, yang masih di awang-awangan suatu ketika. Ini juga merangkumi trauma zaman kanak-kanak atau peristiwa separa sedar yang anda lalui dahulu, yang belum lagi anda sembuhkan. 

Selalunya, kita selalu berfikiran yang kita sudah bebas, teruskan kehidupan dan tidak berpaling lagi, tetapi sayangnya perkara-perkara trauma itu tadi mempengaruhi diri anda pada masa hadapan. 

Pemicunya? Akan selalu hadir ketika anda mula mengenali seseorang (untuk tujuan berpasangan) dan sering kali anda menyedari yang sebenarnya anda masih lagi belum berjaya mengatasi rentetan trauma anda itu tadi.

Bahkan, ada perkara atau situasi (semasa berpasangan baharu itu) yang akan membuatkan anda meriang-riang memori lama. 

Gambar: Kelly Sikkema 
Gambar: Kelly Sikkema 

3 – Keyakinan Diri 

Apakah anda takut akan penolakan (rejection)? Apakah anda takut terlihat rentan, lemah dan tidak berdaya? Apakah anda tidak sanggup membiarkan orang lain mengenali siapa diri anda? Atau melihat siapa anda yang sebenarnya?

Ini perasaan normal sebagai seorang insan. Tiada jaminan anda tidak akan merasakan hal-hal sebegini.

Tiada yang namanya zon selesa dalam perhubungan. Ada sahaja onak dan duri yang perlu dirempuhi.

Ketika diri anda disalah erti. Ketika dalam kesepian atau tidak diterima sepenuhnya oleh orang-orang sekitar.

Kadang-kadang, emosi membungkam diri. 

Padahal, perasaan-perasaan inilah yang bakal menyebabkan anda mensabotaj diri anda.

Kebarangkalian anda menunda-nunda untuk memulakan hubungan baharu amat tinggi. Ia dinamik perhubungan yang tidak selalu kita peduli. 

4 – Ketersediaan

Hanya kerana anda berasa anda bersedia, tidak bermaksud anda terlihat ‘mudah didekati’ atau ‘senang diajak bicara’. 

Apa yang perlu diperhatikan di sini ialah apa tenaga yang anda unjurkan kepada dunia.

Bagaimana cara percakapan anda? Tatakrama dan basa-basi anda? Cara anda melayani dan menyantuni orang-orang di sekeliling? 

Ketika Siti Khadijah menyaksikan tingkah laku Nabi Muhammad SAW, beliau tahu bahawa bagindalah orangnya.

Berhati-hatilah kerana tidak semua orang dapat meneka perasaan dan personaliti anda.

Kadang-kadang orang ‘segan’ untuk mendekati atau mengenali anda kerana khuatir akan ketersediaan anda menerima mereka, walaupun anda sebenarnya hanya berkelakuan biasa. 

5 – Pengawalan

Perhubungan memerlukan anda mengambil risiko, melepaskan dan menyerah diri pada banyak perkara di luar batasan anda.

Tiada yang namanya zon selesa dalam perhubungan. Ada sahaja onak dan duri yang perlu dirempuhi.

Sangat sedikit yang benar-benar dapat kita kendalikan dalam kehidupan, selain daripada tanggungjawab, pemikiran dan perilaku yang boleh kita rancangkan terlebih dahulu.

Harus selalu ingat, ada perkara yang boleh terjadi di luar kawalan kita. 

Sekiranya anda ialah seorang yang sukar untuk melepaskan kawalan atau merasa seperti anda perlu mengawal setiap langkah jalan cinta anda, belajarlah untuk lepaskan.

Tiada cinta yang datang kalau dipaksa-paksa. Pada akhirnya, jodoh itu di tangan Tuhan. – Getaran, 12 Mac 2021

Semua gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Amang Seksual: 2 Lagi Laporan Polis Terhadap Pendakwah Selebriti

3

Refleksi 4 tahun yang lalu

Tangani Krisis Pertengahan Usia  

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

5 Perkara Yang Mungkin Menyekat Pencapaian Kejayaan Seseorang

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Pengalaman istimewa ini dibawakan oleh Iconic Marjorie Penang menerusi kolaborasi rasmi bersama Sanrio Southeast Asia.

oleh Rahayu MN