Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Perkara Yang Mungkin Menyekat Pencapaian Kejayaan Seseorang

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan terbantutnya langkah seseorang menuju kejayaan. Minggu ini kami berkongsi lima daripadanya supaya boleh kita hindari.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 3:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permulaan 2022 pasti mendorong setiap individu untuk mempunyai cita-cita baharu dan membuat senarai kejayaan yang hendak dicapai pada tahun ini.

Tidak kira apa-pun yang dikejar, perasaan indah pasti dirasai jika perkara yang diimpikan dapat dikecapi. Namun tidak dinafikan jua, rasa kecewa pasti datang apabila apa yang kita inginkan tak dapat digapai. 

Jadi apakah agaknya perkara yang boleh menyebabkan langkah kita menuju kejayaan tersekat?  

Hari ini Refleksi ingin berkongsi lima perkara yang mungkin menyekat tangga kejayaan seseorang.

 

Bencikan ilmu pengetahuan

Seseorang yang tidak suka mencari ilmu pengetahuan akan menyebabkan pemikirannya menjadi sempit. Ilmu boleh menjadi bekal berguna kepada kita dalam perjalanan menuju kejayaan. Nabi Muhammad SAW sudah pernah bersabda:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: “Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap Muslim”

( Riwayat Ibnu Majah:224)

Dengan segala teknologi yang ada pada kita sekarang, proses mencari ilmu menjadi mudah dan tidak terbatas kepada buku fizikal dan berita di televisyen semata-mata. Ia boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. 

 

Kurang keyakinan diri

Yakinkan diri semasa mengatur gerak langkah untuk mencapai sebuah kejayaan kerana jika anda tidak percayakan impian anda sendiri, mana mungkin ia menjadi kenyataan. 

Tidak dinafikan, tidak semua individu mempunyai keyakinan diri namun ia bukan satu penamat. Keyakinan boleh diasah secara perlahan-lahan untuk mencapai ke tahap yang konkrit. 

Walau bagaimana pun perlu diingatkan, keyakinan yang berlebihan (overconfidence) juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan seseorang terlupa diri atau tersasar dari landasan sebenar menuju kejayaan.

 

Sikap cepat putus asa

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Usaha yang efektif sangat penting dalam proses membina kejayaan. 

Sikap cepat putus asa adalah perkara yang boleh menyekat momentum anda untuk berjaya dan ia perlu disingkirkan. 

Ini kerana ia tidak akan mengubah apa-apa situasi malah mematahkan semangat. 

Di samping itu, perlu ingat bahawa setiap kejayaan pasti ada cabaran dan rintangannya tersendiri. Kuatkan semangat dan terus maju ke hadapan tanpa menghiraukan kata-kata orang lain yang boleh meruntuhkannya. 

Kegagalan yang anda hadapi bukan bermakna pengakhiran kepada segala-galanya. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk anda terus gigih berusaha membina kejayaan di masa depan.

 

Kurang sabar menghadapi ujian

Menurut Ahli Sunnah wal Jamaah, sabar merupakan satu bentuk ibadat dan darjatnya dalam ibadat tinggi di sisi Tuhan. Setiap proses membina masa depan pasti mempunyai pelbagai ujian.

Jika kurang bersabar semasa menghadapinya, kemungkinan kita akan kecewa di tengah jalan. Elakkan daripada membandingkan kejayaan anda dengan orang lain bagi memberikan fokus terhadap cita-cita anda.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

(Surah al-Baqarah: 153)

 

Tidak bersyukur dengan nikmat

Setiap manusia dikurniakan dengan rezeki dan kejayaan yang berbeza. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah diberi oleh Tuhan. Ini bagi mengelakkan daripada sifat lupa diri.

Sebagai umat Islam kita wajib untuk mempercayai bahawa segala kejayaan yang diberikan adalah dengan izin Allah. Kejayaan tidak akan kekal lama jika anda membangga diri dengan orang lain.

Allah SWT berfirman:

وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

(Surah al-Nahl: 114)

Maka nilailah diri sendiri jika masih mengalami kesukaran untuk mencapai kejayaan. Muhasabah diri dan fikirkan kembali, mungkin salah satu perkara di atas menjadi asbab kita masih belum berjaya dalam mencapai cita-cita. Selamat berefleksi. - Getaran, 7 Januari 2021

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Semua gambar: Pexels

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki