web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku: Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran

Minggu ini penyumbang ulasan buku, Khadijah Jais, memperkenalkan kepada kita buku 'Perempuan yang Baik-Baik dalam Al-Quran.'

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 2:30PM

Gambar: Twitter @imanshoppe

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Perempuan yang Baik-Baik dalam Al-Quran

Penulis: Syaari Ab Rahman

Halaman: 325

Bulan Mac sinonim dengan Bulan Sejarah Wanita dan baru-baru ini kita telah meraikan Hari Wanita Sedunia. Al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu telah pun merakamkan kisah-kisah wanita masa lampau untuk kita telusuri. Buku Perempuan yang Baik-Baik dalam Al-Quran dikarang daripada nota syarahan Ustaz Syaari Ab Rahman tentang kisah beberapa wanita yang disebutkan dalam Al-Quran. Ada kisah wanita yang dipaparkan dalam bentuk naratif, ada kisah wanita yang dipaparkan dalam bentuk dialog. Ada pula kisah wanita yang kelihatan berulang dalam beberapa surah.

Buku tadabbur Al-Quran yang berstruktur, disokong oleh sumber yang dipercayai

Apa yang menarik tentang buku ini ialah pendekatan berstruktur penulis yang memulakan setiap bab dengan memberikan konteks surah yang akan dibicarakan, mengulas ayat demi ayat yang berkaitan dengan perempuan yang menjadi fokus bab tersebut dan diakhiri dengan kesimpulan pengajaran untuk renungan pembaca. Buku ini bukan hanya penceritaan semula kisah-kisah perempuan dalam Al-Quran tetapi penulis menghidangkan pembaca dengan ulasan kisah tersebut, berdasarkan pendapat ulama muktabar dan sumber rujukan yang dipercayai.

Liputan topik yang luas, dibahagikan kepada lapan bab

Cakupan buku ini agak luas, meliputi topik berkaitan kemuliaan wanita yang dijelaskan dalam Surah An-Nisa’, kelakuan positif yang boleh kita aplikasikan dalam situasi masa kini dan kelakuan negatif yang wajar kita jauhi berdasarkan kisah-kisah terpilih. Antara surah yang diteliti dalam buku ini termasuklah surah Al-Qasas, Maryam, Al-Mujadalah, Al-Mumtahanah, At-Tahrim, Yusuf dan beberapa surah lain.

Pengajaran untuk semua, bukan wanita sahaja

Penulis menekankan bahawa kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan untuk diabadikan dalam kitab suci terakhir yang diturunkan-Nya, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada, merupakan sebahagian daripada unsur pendidikan daripada Tuhan buat kita semua. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan, tidak kira lelaki mahupun perempuan kerana kebanyakan situasi dan pengajaran yang diketengahkan adalah bersifat universal dan boleh dijadikan iktibar oleh semua lapisan masyarakat. Tambahan pula, kesemua kisah dalam Al-Quran sememangnya bertujuan memberi petunjuk dan panduan buat umat manusia.

“Kisah-kisah wanita dalam Al-Quran dipersembahkan oleh Allah SWT dengan segala keunikan dan hikmah yang tidak pernah berhenti dikaji oleh para ulama.” – Syaari Ab Rahman

Buku yang mengungkap mutiara di sebalik kisah-kisah wanita terpilih ini boleh didapati di mana-mana rangkaian kedai buku ternama di seluruh negara seperti MPH, Popular dan Borders, kedai buku atas talian, mahupun kedai buku tempatan berhampiran anda. - Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi