Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Jenis Sumber Air Suci Mengikut Islam

Bagaimanakah umat Islam ingin mendapatkan air suci bagi membersihkan diri daripada sebarang kekotoran untuk beribadah? Kami kongsikan empat jenis sumber air suci mengikut syariat.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 4:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan tragedi banjir yang melanda beberapa negeri terutamanya kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Pelbagai misi bantuan telah diusahakan banyak pihak bagi menyelamatkan individu yang terperangkap dalam bah tersebut. 

Timbul pula persoalan dalam kalangan umat Islam yang terkesan dengan musibah air banjir ini. Bagaimanakah mereka mendapatkan air suci untuk membersihkan diri daripada sebarang kekotoran untuk beribadah?

Hari ini segmen refleksi berkongsi empat jenis sumber air suci mengikut syariat.


Air Banjir 

Mungkin menjadi keraguan adakah dibenarkan mangsa banjir menggunakan air ini untuk menyucikan diri terutamanya mengambil wuduk untuk mengerjakan ibadah solat. 

Seperti laporan yang sudah dikongsikan, tragedi banjir yang melanda baru-baru ini meninggalkan kesan buruk sehingga terputus bekalan air bersih. Malah, kini beberapa kawasan di Selangor masih ditenggelami air banjir yang penuh dengan lumpur dan berselut.

Merujuk pendapat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mangsa banjir dibolehkan untuk menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci. Memetik kata-kata daripada al-Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili:

"Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.

Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan."  

(al-Muktamad fi Fiqh al-Syafie,1/38).

Air Musyamas

Ini adalah sejenis sumber air yang terjemur oleh matahari sehingga ia terasa panas bagi negara yang beriklim panas. Ia khusus merujuk kepada air yang ditadah ke dalam bekas yang tidak berunsurkan emas dan perak seperti baldi. Air ini suci bagi melaksanakan ibadah namun ia jatuh hukum makruh apabila digunakan. Namum, bagi negara Malaysia, air seperti ini tidak termasuk kategori tersebut kerana Malaysia beriklim sederhana dan tidak mencukupi syarat yang diletakkan oleh para ulama. Hukum makruh terhadap air tersebut dinyatakan daripada Imam Jalaluddin al-Mahalli yang menyebut:


Maksudnya: “(Dan makruh menggunakan air Musyammas) iaitu air yang dipanaskan di bawah sinaran matahari digunakan pada badan kerana ditakuti akan terkena penyakit kusta, yang terdapat pada tempat yang panas seperti Hijaz pada bekas yang ditempa seperti besi”.

(Rujuk, Hasyiah al-Qalyubi wa Umairah, 1/22)

Air Musta’mal

Maksud Musta’mal mengikut syarak ialah air yang telah digunakan seperti air mandi, wuduk atau air yang digunakan untuk menghilangkan najis. Air ini adalah air suci tetapi ia tidak menyucikan kerana air tersebut telah bercampur dan bertukar warna, bau dan rasa.

Hukum yang sama juga jatuh kepada air Musta’mal yang terpercik pada air mutlak namun ia bergantung pada kadar campuran air berdasarkan keadaan warna, bau dan rasa air tersebut. Menurut kitab fiqh Kifayah al-Akhyar (muka surat 16), daripada imam Taqiuddin alHusaini Rahimahullah:

“Tiada beza antara perubahan yang boleh disaksikan atau perubahan maknawi. Sekiranya air itu bercampur dengan suatu yang menepati pada sifatnya seperti air mawar yang sudah hilang baunya, bendalir pokok dan air musta'mal, maka kita menentukannya dengan sekiranya yang jatuh itu mengubah air dengan suatu yang boleh dikesan melalui pancaindera dan merosakkan tohuriyyah (sifat menyucikan) air tersebut, maka kita hukumkan bahawa sifat menyucikan itu sudah rosak. Jika tiada, maka tidak rosaklah sifat penyucian air tersebut (yakni kekallah sebagai air mutlak).”

Air Mutlak

Air mutlak adalah air yang suci lagi bersih untuk menanggalkan kotoran dan menyucikan segala jenis najis serta menyucikan diri daripada hadas besar. Ia juga adalah salah satu syarat sah berwuduk dengan syarat mengetahui air tersebut adalah air mutlak walaupun secara sangkaan (dzhan). Merujuk kepada kitab Dr. Muhammad Zuhaili yang menyatakan: 

“Air yang kekal dengan sifat asal yang dicipta oleh Allah SWT, sama ada tawar atau masin. Dan air itu tidak berubah dari sifat semula jadinya. Dan bukan air yang telah digunakan untuk berwuduk, mandi wajib atau menghilangkan najis”.

 (al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 1/37)

Gambar: Fail, Pexels dan Unplash

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi