web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAINS Bantu Pelakon Kelahiran Australia Hidap Parkinson, Angin Ahmar

Keperitan hidup pelakon kelahiran Christchurch, New Zealand, Johan Abdullah, 73, yang menghidap penyakit Parkinson dan angin ahmar separuh badan mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 3:19PM

Gambar: Laman Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keperitan hidup pelakon kelahiran Christchurch, New Zealand, Johan Abdullah, 73, yang menghidap penyakit Parkinson dan angin ahmar separuh badan mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). 

MAINS melalui hantaran di laman Facebook memaklumkan Johan, yang sering memegang watak pegawai tentera atau individu berketurunan Inggeris dalam drama dan filem tempatan, akan diberi bantuan perubatan serta kewangan secara bulanan bagi meringankan bebannya.

“Pegawai MAINS turun menziarahi Johan dan isterinya Seripah Meriam Aboo, 48, serta dua anak berusia lima dan 10 tahun di rumah sewa mereka di Taman Mantau Indah 2 di sini semalam bagi mendapatkan maklumat dan keperluan terkini serta menghulurkan sedikit bantuan wang tunai segera,” menurut hantaran itu.

Johan pula berkata beliau kini tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada hasil sewaan rumah Seripah Meriam, yang menghidap penyakit cakera tulang belakang teranjak, di Salak Tinggi, Selangor serta bantuan jiran tetangga selain anak hasil perkahwinan terdahulu.

"Saya berterima kasih kepada MAINS yang sudi menghulurkan bantuan, terima kasih juga atas jasa mereka yang meringankan beban kami. Bantuan diberikan ini merupakan seribu rahmat dan akan digunakan sebaik mungkin,” katanya yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaa'far sebulan sekali. 

Beliau berkata meskipun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, namun masih ramai kenalan artis terutama pelakon veteran menghubungi bertanyakan keadaannya selain menyalurkan bantuan.

"Alhamdulillah… mereka masih menghubungi saya antaranya daripada Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia yang datang menjenguk dan menghulurkan bantuan… saya sangat menghargainya,” kata Johan yang memulakan kerjaya lakonan pada 1976 ketika berusia 28 tahun dan pernah membintangi beberapa filem serta drama seperti 29 February, Fenomena dan Leftenan Adnan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Jalur Gemilang Gergasi Bangkit Semangat Patriotik Murid SK Seri Pagi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Suspek Kes Tetak Di Seremban

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN