web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Cara Mengawal Amarah

Kemarahan perlu dikawal untuk menjaga kesihatan dan harmoni dalam diri. Hari ini kami kongsi beberapa cara mengawal marah.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 4:35PM

Gambar: Arif ID, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemarahan adalah satu tindak balas emosi yang ada pada diri setiap manusia apabila tercetus sesuatu keadaan yang mengancam diri. Tidak dinafikan rasa ini ada dalam naluri dan wujud pada setiap manusia. Namun, ia perlu dikawal untuk menjaga kesihatan dan harmoni dalam diri.

Segmen Refleksi hari ini ingin berkongsi lima cara mengawal rasa marah:

Gambar: Artem Podrez, Pexels
Gambar: Artem Podrez, Pexels

Mempraktikkan sabar

Sabar adalah sikap terpuji. Apabila anda berada dalam keadaan yang marah, cubalah sedaya-upaya untuk bersabar. Bagi yang beragama Islam, kita diajar bahawa sabar adalah sebahagian daripada Iman. 

Pujuklah hati dengan kesabaran untuk tidak mengeruhkan keadaan. Tiada apa yang dimenangi jika anda terus melawan percakapan antara satu sama lain. 

Gambar: Priscilla Du Preez, Unsplash
Gambar: Priscilla Du Preez, Unsplash

Menukar Topik Perbualan.

Kadang-kala kemarahan boleh timbul semasa berbual bersama rakan-rakan. Apabila berada di dalam situasi ini, tahan marah anda dengan menukar topik perbincangan kepada perkara lain. Ia boleh memberikan ketenangan minda kerana tidak memikirkan perkara tersebut dan anda akan sentiasa berada dalam persekitaran yang positif. 

Gambar: Asad Photo, Pexels
Gambar: Asad Photo, Pexels

Meluahkan perasaan marah secara wajar

Marah yang terpendam jangan disimpan kerana ia boleh menimbulkan perasaan dendam dan hanya meningkatkan lagi kemarahan. Apabila anda sudah tidak dapat mengawal perasaan, luahkannya kepada orang terdekat seperti rakan karib namun perlulah dilaksanakan secara rasional dan wajar.

Ini bagi tujuan memberikan rasa lega selepas meluahkan apa yang terbuku dan tidak menyimpan apa-apa perasaan lain di dalam hati. 

Gambar: Nathan Dumlao, Unsplash
Gambar: Nathan Dumlao, Unsplash

Mengambil wudhu

Menurut ajaran Islam, apabila anda berada dalam keadaan marah, segeralah mengambil air wudhu seterusnya solat sunat 2 rakaat. Ini kerana ia dapat memberikan ketenagan dalam hati dan pemikiran anda yang sarat kerana memikirkan marah anda terhadap sesuatu perkara. Seperti tertulis dalam Sunan Abi Daud (4784): 

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah dia berwudhu.
 

Gambar: Min An, Pexels
Gambar: Min An, Pexels

Berdiam diri

Jika diikutkan hati, mungkin kita mahu melepaskan geram dengan kata-kata apabila berada dalam keadaan marah. Namun, tindakkan berdiam diri adalah lebih baik kerana ia dapat mengawal percakapan anda yang mungkin kasar dan menyentuh perasaan orang lain. Menurut hadits riwayat al-Bukhari:

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam. - Al-Adab al-Mufrad (245)

Maka kawal kemarahan anda dengan cara mudah yang dinyatakan walau dimana anda berada. Ini kerana anda tidak akan mendapat apa-apa kebaikan jika mengikut perasaan marah. Sebagai seorang muslim, amarah  perlu diuruskan dengan baik dan penuh kesabaran kerana Allah sayang mereka yang bersabar. Seperti hadits yang diriwayat daripada Abu Hurairah RA: 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الغَضَبِ»

Maksudnya: Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah. - Riwayat al-Bukhari (6114)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Mohd Syahir Hentam Sahaja Bila Bercakap, Ini Tak Betul!’ – PSK

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aksi Biadab Di GVF23 Undang Kemarahan Penggiat Seni, Kesal Ramai Hilang Pendapatan Gara-Gara Festival Dibatalkan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Main Isu Kontroversi Cara Sanusi Alih Kemarahan Rakyat - Saifuddin

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penularan ASF: ‘Ia Bukan Virus Zoonotik, Tidak Berupaya Menjangkiti Manusia’ - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN