web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Perkara Yang Dinantikan Pada Hari Deepavali Di Malaysia

Deepavali adalah salah satu perayaan yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia. Kami senaraikan lima sebab kenapa ia ditunggu semua.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 8:53AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Jalinan keharmonian antara masyarakat menyebabkan penduduk di Malaysia sentiasa hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan etnik.

Ini lebih terserlah di musim perayaan kerana setiap bangsa dan agama mempunyai perayaan masing-masing. 

Deepavali adalah salah satu perayaan yang disambut oleh penganut Hindu setiap tahun. Ia berasal daripada gabungan perkataan ‘Dipa’ yang membawa maksud cahaya dan ‘Gavali’ yang bermaksud barisan.

Ia juga menjadi salah satu tarikh yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia kerana pelbagai perkara menarik dapat dilakukan pada hari tersebut.

Mari kita singkap lima perkara yang sering dinantikan di Malaysia pabila Deepavali tiba.

 

Pesta Membeli-belah

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Para peniaga Malaysia kerap membuat jualan murah besar-besaran dan potongan harga barang yang sangat banyak menjelang hari perayaan. Ini termasuklah menjelang hari Deepavali.

Semua individu pastinya akan membeli-belah di premis-premis jualan secara fizikal mahupun secara dalam talian. Lazimnya pelbagai tawaran istimewa akan diberikan kepada pelanggan. 

Sempena Deepavali, terdapat pelbagai pakaian tradisional India seperti sari dan dhoti yang dijual dengan harga mampu milik.

Bukan sahaja bangsa India, malah bangsa lain juga gemar mendapatkan pakaian tradisional ini kerana masih boleh diperagakan di acara tertentu selain melambangkan tanda muafakat rakyat Malaysia.

 

Cuti Umum

Gambar Fail AFP
Gambar Fail AFP

Deepavali juga adalah salah satu perayaan yang diakui secara rasmi di negara ini dan pastinya ia menjadi cuti umum negara. Sebagai salah sebuah negara yang mempunyai jumlah cuti umum terbanyak di dunia, ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memanfaatkan cuti sepenuhnya.

Selain digunakan untuk meraikan Deepavali, cuti umum ini juga boleh digunakan oleh bangsa lain yang tidak meraikan untuk tujuan peribadi masing-masing.

 

Rancangan Televisyen Menarik

Menjelang Deepavali, pelbagai rancangan menarik ditayangkan di televisyen. Sebagai contoh rancangan berkisar gaya hidup masyarakat yang meraikan Deepavali. Ini termasuk program masakan India, rancangan hiburan nyanyian dan tarian, serta filem Hindustan, Tamil, Telugu dan macam-macam lagi.

Rancangan televisyen juga boleh menjadi ‘penyatu’ keluarga dan sahabat handai. Jika kita lihat, inisiatif stesen televisyen ini dapat mengumpulkan ahli keluarga untuk bersama-sama menontonnya di rumah ketika cuti. 

Selain itu ia juga boleh dinikmati oleh bangsa lain yang meminati program-program sedemikian. 

 

Hiasan 'Kolam'

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

'Kolam' merupakan hiasan yang dibuat di atas lantai di rumah kebanyakan penganut Hindu sewaktu perayaan.

Bukan itu sahaja, hiasan ini juga terdapat di pusat-pusat membeli-belah dan beberapa bangunan swasta lain seperti pejabat, sekolah dan juga hospital sebagai tanda meraikan perayaan ini. 

Ia dihasilkan dengan menggunakan beras yang telah diwarnakan selain daripada beberapa tumbuhan serta lilin.

Bagi penganut Hindu, hiasan ini merupakan lambang penyembahan kepada Dewi Lakshmi yang juga dewi kekayaan.

Mereka mempercayai Dewi Lakshmi akan hadir ke rumah yang mempunyai kolam tersebut. Ia juga dibuat untuk meraikan kunjungan tetamu bagi memeriahkan sambutan perayaan.

 

Aktiviti Ziarah-menziarahi

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Amalan ini bagus jika diterapkan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Segelintir individu mungkin tidak mengetahui bagaimana perayaan Deepavali diraikan jika tidak ada kawan atau jiran dekat yang menyambutnya.

Menziarahi antara satu sama lain memberikan manfaat kerana ia boleh membuatkan anda mengenali budaya orang lain. 

Ia juga peluang untuk merasai makanan atau manisan tradisional yang dihidangkan semasa perayaan. Aktiviti ini akan merapatkan hubungan silaturahim masyarakat setempat.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Menurut Thanasegaran Paramasivam yang berasal daripada Bestari Jaya, Kuala Selangor, “Deepavali merupakan perayaan yang terbesar bagi kami penganut agama Hindu.

“Walaupun di kawasan kami majoriti penduduk berbangsa India dan beragama Hindu, kami di sini tetap dikunjungi oleh rakan-rakan berbilang kaum yang lain khasnya kawan-kawan Melayu dan Cina. Kami tiada masalah untuk meraikan Deepavali bersama-sama”

Jelas terbukti, sebagai rakyat Malaysia, wajib untuk kita menghormati antara satu sama lain. Terdapat banyak aktiviti menarik semasa Deepavali yang boleh kita kongsi bersama tanpa mengira agama dan bangsa. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN