Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


‘Hope Is Just Around The Corner’ Kempen Kesedaran Barah Payudara

‘Hope is Just Around The Corner’ ingin menyebarkan harapan kepada semua pesakit barah payudara dan penjaga mereka, supaya terus bercerita dan berkongsi pengalaman bagi membantu perjuangan melawan penyakit ini.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 9:10AM

Gambar: Anna Tarazevich, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Medicos sekali lagi melancarkan Kempen Kesedaran Barah Payudara pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Hope is Just Around The Corner’. 

Penganjuran kali kedua ini ingin menyebarkan harapan kepada semua pesakit barah payudara dan penjaga mereka, supaya terus berdialog, bercerita dan berkongsi pengalaman bagi membantu perjuangan melawan penyakit ini.

Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Candy Girls, organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diasaskan oleh bekas pesakit barah payudara bagi membantu mereka yang terkesan dengan penyakit ini dari segi fizikal, mental dan sosial. 

Medicos bersama dengan Candy Girls turut memperkenalkan video kempen yang memperincikan perjalanan seorang pesakit barah payudara, kesukaran dan ketakutan yang terpaksa mereka hadapi dalam perjuangan melawan penyakit ini.

“Tiada siapa patut mengharungi cabaran ini seorang diri. Wanita tentu akan merasa pelbagai tekanan emosi apabila bahagian paling intim mereka diserang barah. Kita perlu menyediakan ruang yang selamat dan terbuka supaya golongan wanita ini dapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih selesa tanpa rasa malu dan dinilai.”

“Setiap pesakit memerlukan sistem sokongan, dan pasukan kami di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sentiasa bersedia untuk mendengar masalah mereka dan membantu pesakit barah payudara sebaik mungkin,” ujar Pengarah PPUM, Prof. Dr. Nazirah Hasnan.

Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2012-2016, barah payudara kini dialami oleh 34 wanita bagi setiap 100,000 wanita di Malaysia, peningkatan daripada 31 pada tahun 2007 hingga 2011. 

Barah payudara mempunyai beban penyakit yang mempengaruhi 31.1 peratus daripada semua wanita yang menghidap barah di Malaysia. Langkah pertama untuk melawan barah payudara adalah melalui pengesanan awal. 

Pada majlis pelancaran kempen ini baru-baru ini, Ketua Unit Bedah Payudara PPUM, Profesor Madya Dr. See Mee-Hoong menjelaskan, pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.

“Pengesanan awal memang dapat menyelamatkan nyawa. Sebagai contoh, jika barah payudara ini dikesan dan dirawat pada tahap 1, kadar dapat terus hidup boleh mencapai setinggi 95%. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami risiko barah payudara. Saya menggesa setiap wanita berusia 50 tahun ke atas menjalani ujian mamogram hari ini,” ujar beliau.

“Kepada semua wanita yang menghidap barah payudara, jangan berjuang seorang diri. Dekati rakan-rakan, ahli keluarga, atau wanita lain yang juga menghidap barah payudara dan kongsikan tentang apa yang anda lalui.

“Dapatkan sokongan dan ketenangan yang akan memainkan peranan penting sepanjang perjuangan anda. Paling penting, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan. Kemajuan teknologi perubatan pada hari ini dapat memberikan harapan dan meningkatkan peluang anda untuk terus hidup jika dirawat lebih awal,” tambahnya lagi.

Sempena kempen ini, Medicos, syarikat milik keluarga yang menerajui penghasilan pelitup muka di Malaysia kini memperkenalkan pelitup muka merah jambu edisi khas yang direka oleh artis Malaysia berbakat, Dr Caryn Koh yang kini berpangkalan di United Kingdom. 

Dr Caryn merupakan pemenang pertandingan 2020 Breast Cancer Face Fabric Mask Design, pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia. Pelitup muka merah jambu ini boleh dibeli di rangkaian farmasi terkemuka, peruncit-peruncit bebas dan platform e-dagang terkemuka sepanjang bulan ini. 

Sebahagian daripada hasil jualan pelitup muka ini akan disumbangkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam usaha mereka memerangi barah payudara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Medicos, William Wong berkata, semua pihak harus memainkan peranan bagi menyokong dan menghargai golongan wanita yang terkesan dengan barah payudara.

“Pandemik telah memberikan kita ketahanan dan mengajar kita kepentingan harapan. Pada Bulan Kesedaran Barah Payudara ini, Medicos mahu memainkan peranan mengingatkan rakyat Malaysia untuk menghargai semua wanita. 

“Sama ada ibu, adik, kakak, atau isteri, mereka semua membawa perubahan ke dalam hidup kita dan kini tiba giliran kita untuk menyokong mereka,” ujar beliau. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Hope is Just Around The Corner’ dan untuk menonton video testimoni dari Candy Girls, sila layari laman web Medicos atau laman Facebook Medicos. - Getaran, 22 Oktober 2021

Sorotan

1

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

2

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

3

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

4

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

5

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

6

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

Disyorkan untuk anda

Selera 17 minit yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN