web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Masjid Nabawi, Air Zamzam Kini Disediakan Di Masjidil Haram

Operasi penyediaan air zamzam sebelum ini dihentikan berikutan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 8:01AM

Gambar Fail, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula 155 tangki marmar yang mengalirkan air zamzam selain menempatkan semula 20,000 tong air zamzam mudah alih di seluruh Masjidil Haram, Mekah bermula Isnin.

Penyediaan air zamzam di masjid suci itu dimaklumkan Penolong Pengarah Urusan Teknikal dan Perkhidmatan Hal Ehwal Masjidil Haram Mohammed bin Musleh Al-Jabiri, menerusi perkongsiannya di Twitter.

Menurut jabatan itu, pada kebiasaannya lebih 20,000 tong air zamzam disediakan di Masjidil Haram bagi menampung purata penggunaan yang mencecah 1,633,030 meter padu air setiap hari.

Pertengahan bulan lepas, penyediaan semula sebanyak 600 tong dengan kapasti keseluruhan 30,000 tan air zamzam di seluruh Masjid Nabawi, Madinah sudah pun dimulakan.

Operasi penyediaan air zamzam sebelum ini dihentikan berikutan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi dan digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air zamzam tanpa membabitkan sebarang sentuhan.

Bagaimanapun, kadar peningkatan penerima vaksin dalam kalangan warga tempatan dan asing di Arab Saudi selain komitmen yang ditunjukkan pengunjung Masjidil Haram dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 membolehkan penyediaan air zamzam disambung semula.

Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pemberian visa umrah dan permit solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terhad kepada individu lengkap vaksin COVID-19, berkuat kuasa 10 Okt.

Bagaimanapun, individu yang disahkan diberi pengecualian mengambil vaksin dan berdaftar dengan aplikasi “Tawakkalna”, dibenarkan melawat dua masjid suci berkenaan.

“Mereka yang sudah membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau mengunjungi dua masjid suci tetapi belum lengkap divaksin hendaklah mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh ditetapkan dalam permit bagi mengelak pembatalan,” menurut kementerian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN