web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambut Maulidur Rasul Tanda Cinta Pada Rasulullah SAW

Tahun ini, sambutan Maulidur Rasul jatuh pada 19 Oktober ini dan tema sambutan kali ini ialah ‘Manhaj Rabbani, Ummah Sejahtera’, sama seperti tema sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 8:02AM

Adli Wahid, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasulullah SAW juga berlaku pada 12 Rabiulawal iaitu pada 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli sejarah.

Tahun ini, sambutan Maulidur Rasul jatuh pada 19 Oktober ini, dan tema sambutan kali ini ialah ‘Manhaj Rabbani, Ummah Sejahtera’, sama seperti tema sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.

Kebiasaannya pada hari sambutan ini masjid-masjid di seluruh negara akan mengadakan pelbagai pengisian rohani bagi meraikan hari kebesaran umat Islam ini. 

Bahkan, sambutan pada peringkat kebangsaan pasti melibatkan perarakan besar-besaran. Namun, semenjak dunia dilanda pandemik COVID-19, situasi tidak lagi sama.

Berselawat adalah amalan yang amat digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. 

Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:

Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah SWT berselawat ke atasnya 10 kali” - (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”. (Riwayat Muslim)

Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut.

Jadi, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari kelahiran baginda, begitulah juga sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada tarikh ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.

Biarpun sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Namun, ada sesetengah pendapat yang mempertikai dan melabelkannya sebagai bidaah (perkara baharu). 

Merujuk kepada entri yang dimuat naik di laman sesawang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii.

Imam al-Syafii berkata: Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk iaitu perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulama salaf dan ijmak, maka ia adalah bidaah (perkara baharu) yang sesat.

Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulama Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bidaah (perkara baharu) yang tidak tercela.

Oleh itu berdasarkan pandangan ini, sambutan Maulidur Rasul tidak termasuk di dalam perkara bidaah (perkara baharu) yang menyesatkan. Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, tidak salah untuk umat Islam meraikannya.

Secara ringkasnya, berikut adalah tujuan menyambut Maulidur Rasul :

1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.

2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.

4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:

  •  Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  •  Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya. - Getaran, 15 Oktober 2021

Sumber: https://www.mais.gov.my/

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tidak Setuju Cara Sambutan Maulidur Rasul, PU Abu Dilabel Liberal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keindahan Pekerti Rasulullah SAW Contoh Terbaik Untuk Diikuti - PM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN