Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Benarkah Haram Paksa Orang Ramai Suntik Vaksin COVID-19?

Menjawab persoalan hukum vaksinasi kepada mereka yang menolak dengan berbekalkan hujah ‘hukum memaksa orang sakit makan’. 

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 8:42AM

Gambar: Fail AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebahagian masyarakat yang menolak proses vaksinasi menggunakan pandangan-pandangan daripada sebahagian kecil ulama dalam hukum yang melibatkan vaksin, sehingga memberi maksud dan bayangan bahawa tidak ada paksaan dalam pengambilan vaksin. 

Menurut Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri, kebanyakan mereka berdasarkan kepada dalil daripada Riwayat Imam Al-Tirmidhi, di mana Rasullullah SAW bersabda:

“Jangan kamu paksa orang sakit dalam kalangan kamu untuk makan kerana Allah yang memberi makan dan minum.”

Beliau yang juga merupakan mantan Menteri Agama dan Mufti Wilayah memetik pandangan Imam Munawawi yang menganggap hadis ini adalah hadis dhaif (lemah). 

“Mengikuti perihal vaksin COVID-19, ia suatu situasi yang berbeza. Vaksin yang dihasilkan ialah lebih kepada pencegahan, bukan makanan,” jelas Dr Zulkifli di dalam syarahan Maktabah al-Bakri anjurannya. 

Tambah Dr. Zulkifli, seperti kata-kata mutiara Arab terkenal, 'Mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat'. Pencegahan berlaku sebelum terkena sebarang penyakit. Cara pencegahan ini mengambil ciri-ciri hukum asbab (sebab-sebab).

Dr. Zulkifli menggambarkan situasi COVID-19 ini sama seperti kisah Saidina Umar al-Khattab semasa perjalanannya ke kawasan yang dijangkiti penyakit taun di Palestin.

Kisah ini bermula apabila Saidina Umar ingin bermusafir untuk bertemu dengan sahabatnya, Abu Ubaidah al- Jarrah. Sedangkan Abu Ubaidah berada di kawasan yang telah terkena taun. 

Diberitakan Saidina Umar membuat keputusan tidak memasuki kawasan tersebut. Apabila mendengar khabar itu, Abu Ubaidah berkata:

Adakah kamu lari daripada qada Allah kepada qadarnya?”.

Maka jawab Saidina Umar, “Aku lari daripada qadar Allah kepada qadarnya yang lain”. 

Hal ini dipersetujui oleh sahabat yang berada bersama Saidina Umar, Abdul Rahman bin Auf berkata:

Aku dengar Rasulullah SAW bersabda jika sekiranya kamu mendengar sesuatu negeri itu terdapat wabak taun, maka jangan masyarakatnya keluar dan jangan pula masyarakat yang lain memasuki kawasan tersebut.”

Dr Zulkifli menjelaskan sebab-sebab yang memungkinkan bala penyakit, maka kita harus mengelakkan sebab-sebab tersebut. Dalam erti kata lain, usaha (pencegahan). 

Berbalik kepada ‘hukum memaksa orang sakit makan’, Dr. Zulkifli berkata ia berdasarkan hukum perseorangan, sedangkan vaksin ini jatuh hukum jamaah (berkumpulan).

Proses vaksinasi mencegah penyakit, maka para ulama telah mengambil keputusan sewajarnya mematuhi kehendak pemerintah kerana ia melibatkan maslahah (kepentingan awam). 

“Alhamdullilah, dapatan menunjukkan ramai yang telah mengambil vaksin, antibodi tubuh mereka dari segi jangkitan amat berkurangan.

“Ia telah diuji kaji dan ditestimoni. Di negara-negara barat, kehidupan mereka hampir menuju ke arah kehidupan normal kerana menggalakkan vaksin dengan sebaik mungkin,”  ujar Dr. Zulkifli.  

Tambah Dr. Zulkifli, berdasarkan musharakah negara-negara Islam di dunia telah sebulat suara menyokong proses vaksinasi ini hendaklah diteruskan dan manfaatnya untuk sekalian umat Islam dan manusia secara amnya.

“Pendapat yang berkata jangan mengambil vaksin itu boleh merosakkan pelaksanaan vaksin yang sepatutnya kita semua (umat Islam) dukungi bersama,” akhirinya. - Getaran, 8 Oktober 2021. 



 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran