web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Harap Kerajaan Baharu Terap Format Perpaduan - MB

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 4:53PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor mengharapkan kerajaan baharu menerapkan ‘format perpaduan’ sebagai formula pentadbirannya bagi memastikan kestabilan politik negara dicapai.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penerapan format itu juga mampu melancarkan pelbagai usaha disasarkan negara, termasuk menangani pandemik COVID-19.

“Selepas beberapa krisis kepimpinan yang tinggi, sudah pasti kita berharap wujud sebuah kerajaan stabil dan mengambil kira pandangan semua pihak.

“Saya menganggap format kerajaan perpaduan adalah satu daripada formula yang ampuh untuk memastikan kestabilan kita ketika berdepan pandemik,” katanya pada Sidang Media Mingguan Menteri Besar Selangor secara maya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya harapan sebagai teraju utama negeri, berhubung penubuhan kerajaan baharu yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, katanya, pemerintahan kerajaan terdahulu yang dilihat seperti tidak menerapkan formula format perpaduan secara berterusan, menyaksikan pentadbirannya tidak ampuh.

Kaedah pentadbiran diterapkan kerajaan berkenaan, katanya, menimbulkan ketidakstabilan, walaupun pada peringkat awal penubuhan ‘menghimpunkan’ pelbagai pandangan seolah-olah menonjolkan gabungan berasaskan Melayu.

“Jadi saya percaya, kerajaan berteraskan perpaduan adalah salah satu solusi untuk mewujudkan kestabilan politik negara,” katanya.

Amiruddin berkata, semua pimpinan parti sama ada kerajaan atau pembangkang diharap bersikap terbuka dalam menerima pelantikan Perdana Menteri, malah dapat duduk semeja untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan kestabilan politik negara.

Harus diingat katanya, siapa pun calon, terpilih atau tidak, masing-masing mempunyai majoriti undi serta kekalahan yang sangat tipis.

Justeru jelas Amirudin, sekiranya pendekatan format perpaduan tidak diterapkan, apa-apa sahaja kemungkinan buruk bakal berlaku apabila ada pihak tidak berpuas hati, sekali gus menggugat struktur kestabilan politik.

“Perdana Menteri harus mewujudkan Kabinet yang inklusif membabitkan semua pihak berkaitan supaya tidak ada yang rasa terpinggir.

“Ini juga tidak akan mewujudkan kemungkinan adanya gerakan yang boleh menggugat kestabilan politik terhadap pentadbiran kerajaan pusat yang mempunyai kuasa lebih besar, khususnya ketika menangani krisis COVID-19,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad