web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


114 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 10:18AM

Seramai 114 Ahli Parlimen dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 114 Ahli Parlimen akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berhubung pemilihan calon Perdana Menteri.

Pada 9.24 pagi tadi, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di Istana Negara pada jam 9.24 pagi, diikuti ketibaan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 9.35 pagi.

Bas membawa Ahli Parlimen UMNO pula tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 10.35 pagi tadi.

Sebuah bas yang membawa Ahli Parlimen UMNO tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 10.35 pagi.
Sebuah bas yang membawa Ahli Parlimen UMNO tiba di Pintu 2 Istana Negara pada jam 10.35 pagi.

Antara Ahli Parlimen yang dilihat berada dalam bas berwarna oren-kuning itu ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang melambai pada media. Turut kelihatan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

Ia diikuti konvoi beberapa kenderaan pada jam 10.35 pagi manakala Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak memasuki kawasan Istana menggunakan kenderaan sendiri.

Manakala kumpulan Ahli Parlimen BERSATU tiba pada jam 10.43 pagi, juga menaiki bas yang disewa khas. Antaranya ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang melambai ke arah media dan Larry Sng (Julau) yang duduk di bahagian depan.

Pada pukul 4 petang semalam, tamat tempoh untuk Ahli-ahli Parlimen menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada 220 Ahli Dewan Rakyat, bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Isnin lepas.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam lima sesi.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad