web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puak Kabilah Hanya Pandang Warna - Sanusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:37AM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - "Sayangnya pertimbangan politik orang kita terlalu remeh, rapuh dan bebal." 

Itu antara pandangan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor ketika mengulas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, petang semalam. 

Menurut Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu, pertimbangan politik sedemikian hanya bersandarkan kepada warna, kabilah dan 'perut' dengan nafsu yang sentiasa mengatasi akal. 

Katanya, sebanyak mana pun khidmat diberikan, seadil mana pertimbangan dibuat atau sekuat mana Muhyiddin bekerja, pada akhirnya puak kabilah akan memandang pada warna dan 'membebal' kerana perut mereka, tanpa mempedulikan perut rakyat. 

"Hal-hal besar yang dihasilkan, dianggap ancaman kepada kabilah mereka. Takut nanti mereka dilupakan orang. 

"Hal remeh jugalah mata mereka memandang dan didendang," katanya di sini malam tadi.

Selepas 17 bulan memerintah, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Peletakan jawatan itu dibuat susulan kehilangan sokongan majoriti dari Ahli Dewan Rakyat terutamanya, setelah penarikan sokongan oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini. 

Muhammad Sanusi menambah, adalah sesuatu yang malang apabila seruan perpaduan serta kesatuan atas nama agama dan bangsa tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting. 

"Apa yang lebih utama adalah kabilah mereka mampu mencatur kuasa dan mengaut manfaat daripadanya. 

"Pengalaman pahit dan perit waktu lampau sedikit pun tidak memberi erti terutamanya berkaitan siapa lebih utama daripada apa," katanya. 

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih terhadap pengorbanan Muhyiddin kepada rakyat Malaysia dan mengharapkan supaya Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran kepadanya. 

"Semoga cekal dan tabah, jasa Tan Sri akan kekal dihargai sepanjang zaman," katanya. - Getaran 17 Ogos 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad