web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Cadang `War Cabinet' Tumpu Pemulihan Negara

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:24AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan dengan Kabinet yang efektif mirip “War Cabinet” yang hanya menumpukan proses pemulihan negara dalam mendepani pandemik COVID-19. 

Beliau berkata “War Cabinet” ini perlu dibentuk bagi mewujudkan kerajaan yang stabil untuk satu tempoh yang munasabah bagi menguruskan soal-soal kesejahteraan rakyat yang semakin meruncing  selain memerangi COVID-19.

Menurutnya, setelah negara mencapai imuniti kelompok dan keadaan memungkinkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, kerajaan itu harus dibubarkan bagi menyerahkan semula mandat mutlak kepada rakyat.

“Bagi menjamin kestabilan dan kerjasama politik dicapai, tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan hendaklah dihentikan. Menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk melemahkan lawan dalam mengekalkan kuasa tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini yang mengutarakan cadangan berkenaan bagi mengelakkan krisis politik yang dihadapi negara berulang.

Ahmad Zahid memaklumkan UMNO turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang perkhidmatan beliau sebelum ini.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi sebagai Perdana Menteri, semalam.

Beliau berkata apa yang berlaku perlulah dijadikan teladan dan menyeru semua pihak memandang ke hadapan dengan memberi sepenuh tumpuan kepada satu matlamat bagi bersama menjaga kesejahteraan rakyat serta membina semula negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan terhirisnya apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya sepanjang kemelut politik negara.

“Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti (Melayu) terbesar.

Justeru, UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon. Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli-Ahli Parlimen,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai