web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Letak Jawatan Dapat Liputan Luas Di Singapura, Thailand

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 7:50AM

Muhyiddin Yassin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Berita peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya semalam turut mendapat liputan meluas media di Singapura dan Thailand, selepas kerajaan gabungan itu kehilangan sokongan majoriti.

Di Singapura, rancangan bual bicara The Straits Times Singapura - The Big Story - memilih berita berkenaan dan juga perkembangan terkini di Afghanistan.

The Big Story yang disiarkan pada 5.30 petang di Facebook dan YouTube, dikendalikan oleh wartawan multimedia Hairianto Diman dan turut menyiarkan sebahagian ucapan Muhyiddin.

Sementara itu ketua biro berita Malaysia, The Starits Time Singapura, Shannon Teoh turut melaporkan berita bertajuk “Malaysia's Muhyiddin to stay on as caretaker PM until successor is appointed”. (https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysias-muhyiddin-to-stay-on-as-caretaker-pm-after-king-accepts-resignation).

Ketika berita ini ditulis, laporan tersebut masih kekal dalam senarai ‘Berita Utama’ di bawah sub topik Asia.

CNA pula melaporkan komentar Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Tricia Yeoh, bertajuk "PM Muhyiddin Yassin’s resignation signals UMNO’s back in driver’s seat.”

Turut disiarkan berita bertajuk “Muhyiddin Yassin appointed Malaysian caretaker PM after resignation is accepted by the king”. (https://www.channelnewsasia.com/commentary/muhyiddin-resign-prime-minister-what-next-caretaker-2115856)

Sementara itu, di Thailand berita mengenai Muhyiddin dijangka meletak jawatan telah tersebar di portal berita dan media sosial sejak Ahad.

Pada semalam, portal berita Thai PBS, Thai Rath, Matichon Online, Post Today, Thai Posts, Prachachat  melaporkan perkembangan terkini sebaik Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya.

Berita itu turut mendapat liputan portal berita Inggeris seperti Bangkok Post, The Nation dan Thai PBS. Foto dan video Muhyiddin beredar meninggalkan Istana Negara banyak digunakan media tempatan di sini.

Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin semasa menghadap Seri Paduka di Istana Negara, tengah hari semalam.

Beliau, yang juga Presiden Bersatu, mengangkat sumpah Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Feb tahun sama. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai