web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Letak Jawatan, Akui Hilang Sokongan Majoriti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 3:19PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 17 bulan memerintah, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Pertukaran tampuk pemerintahan yang kedua sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018  ini berlaku rentetan daripada pergolakan politik yang tidak berkesudahan.

“Saya telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media secara langsung selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari tadi.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin, yang dibentuk pada 1 Mac 2020 menjadi goyah setelah 15 daripada 38 Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan terhadap kerajaan PN dua minggu lalu.

Percaturan politik yang diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyebabkan PN hanya mempunyai sokongan daripada 100 Ahli Parlimen berbanding mereka yang menentang iaitu 120.

“Cadangan kerjasama rentas parti [yang beliau cadangkan pada minggu lalu] telah ditolak oleh parti-parti pembangkang. Jelaslah saya telah kehilangan sokongan majoriti. Jadi tidak perlulah keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen.

“Maka hari ini saya meletakkan jawatan saya dan jawatan seluruh Ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perkara 43(4),” jelas Muhyiddin yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat mendengar rayuan rakyat yang mahu beliau kekal sebagai PM.

Dalam perutusannya, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau boleh mengambil jalan mudah untuk kekal berkuasa dengan mengorbankan prinsipnya dan menuruti kehendak-kehendak sesetengah pihak.

“Tetapi itu bukan pilihan saya. Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa.

“Enam tahun yang lalu, saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana saya mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya.

Meskipun sudah kehilangan jawatan, beliau memberi jaminan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan terganggu, bahkan pasukannya sudah menempah lebih 87 juta dos vaksin yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 bilion.

Muhyiddin yang juga Presiden Persatuan Pribumi Bersatu (BERSATU) turut melahirkan harapan untuk melihat kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera bagi memastikan pentadbiran tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

“Tempoh dua bulan ke hadapan ini adalah amat penting kerana kita dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.

“Segala perancangan yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong memperkenan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) Interim setelah menerima perletakan jawatannya sebagai PM kelapan tengah hari tadi.

Namun begitu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menjelaskan, Seri Paduka Baginda turut berpendapat tiada keperluan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Ini adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewa Rakyat sebagai Perdana Menteri baharuuntuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

“Pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” titah Agong. – Getaran, 16 Ogos 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai