web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dedah Segera 111 Nama, Bukti Pembangkang Ada Sokongan Majoriti 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:37PM

BERSIH 2.0 mendesak parti pembangkang mendedahkan segera 111 nama yang dikatakan menyokong blok itu dan menghasilkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa parti pembangkang mendedahkan segera 111 nama yang dikatakan menyokong blok itu dan menghasilkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia susulan dakwaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bahawa tiada Ahli Parlimen dapat membuktikan bahawa mereka memiliki sokongan majoriti untuk menyandang jawatan nombor satu negara itu.

Jurucakap gabungan tersebut menegaskan, Muhyiddin tidak boleh memegang kuasa sehingga selepas Titah Diraja pada September.

"Titah Diraja tidak mewakili pandangan peribadi Yang di-Pertuan Agong tetapi pelan tata tadbir kerajaan. Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak membuktikan majoriti dimiliki di Parlimen, ini tidak bermakna beliau berhak menangguhkan perkara ini sesuka hati.

“Sekiranya tewas, kerajaan baharu perlu diberikan masa untuk menyediakan Titah Diraja. Seri Paduka Baginda tidak wajar untuk memberikan dua Titah Diraja dalam sela masa yang dekat, kerana ia akan menghakis peri pentingnya prosedur ini dalam demokrasi berparlimen,” jelasnya.

Sementara itu, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 turut menggesa pembangkang memberikan pakej pembaharuan yang boleh mengukuhkan pentadbiran merentas parti, susulan tawaran terbaru Muhyiddin berhubung kerjasama bipartisan semalam.

“Mekanisme pembuktian ini agar pembangkang mempunyai majoriti sebelum mereka dapat membuang Perdana Menteri sedia ada, yang diistilahkan sebagai Undi Tidak Percaya Konstruktif (Constructive Voice of No Confidence). 

“Ia perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan kekhuatiran orang ramai kepada kekosongan kementerian, sebagaimana yang berlaku apabila Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 24 Februari 2020 dan pembentukan kabinet Perikatan Nasional (PN) pada 8 Mac 2020,"  katanya lagi.

Jawatankuasa berkenaan turut menganggap, tawaran Muhyiddin Yassin untuk beberapa pembaharuan institusi, sebagai balasan sokongan daripada pembangkang dalam usul Undi Percaya di Dewan Rakyat adalah langkah yang baik untuk kestabilan politik dan demokrasi berparlimen.

Katanya, perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) supaya sebuah kerajaan minoriti ini kekal berfungsi tidak boleh hanya datang daripada Muhyiddin, tetapi juga mereka yang beraspirasi untuk menjadi Perdana Menteri dan memegang kerajaan selepas ini.

“Kami menggesa mereka untuk bersaing di atas dasar pembaharuan bagi membentuk kerajaan yang stabil, tetapi pada masa sama menyelesaikan kelompangan sistem politik negara.

“Muhyiddin yang mengakui kehilangan majoriti di Dewan wajib membuktikan semula sokongan di Parlimen dengan usul Undi Percaya, sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen segera berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

BERSIH 2.0 juga menggesa kerajaan PN serta pembangkang diketuai PH dan UMNO supaya menawarkan beberapa perkara  lain untuk pembaharuan dan kestabilan negara. - Getaran, 14 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 22 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish