web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peralat Agensi Penguatkuasa Trend Membimbangkan - Majlis Presiden PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 8:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) bimbang akan trend terkini yang menyaksikan agensi penguatkuasa diperalat bagi menekan Ahli Parlimen yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Majlis Presiden PH, usaha menekan dan mengugut Ahli Parlimen dilakukan secara berterusan, malah dipertingkatkqn untuk menjadi talian hayat politik kepada seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan serta hilang sokongan majoriti.

“Seperti yang telah diperlakukan kepada Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Abd Rahman melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) serta pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara atas tuduhan rasuah yang tidak berasas.

“Kini seluruh negara menyaksikan bagaimana siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia) terhadap Ahli Parlimen yang ingin ke Parlimen pada Isnin lalu dipercepatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Menurut majlis itu lagi, pendekatan sama tidak berlaku terhadap Ahli Parlimen atau pemimpin politik yang menyeberang dengan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Umum sedia maklum tiada sebarang tindakan atau siasatan yang diteruskan SPRM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka yang telah khianat, menyeberang dan menyokong Tan Sri Mahiaddin.

“Oleh itu, kami menegaskan bahawa agensi penguatkuasaan wajib bersifat profesional, neutral dan tidak mengikut selera politik pemerintah sekarang. Jangan terlanjur dalam keadaan nakhoda sedang hanyut,” katanya. - Getaran, 6 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai