web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq, Hentikan Sandiwara Politik - ARMADA Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 4:02PM

Muhammad Shamsuddin Paijan - Gambar dari Facebook Muhamamad Shamsuddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu menghentikan sandiwara politik atau ‘taktik kotor’ untuk mengaburi mata rakyat berhubung pendakwaan yang dihadapinya di mahkamah.

Ketua Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, mantan Menteri Belia dan Sukan itu juga tidak seharusnya menuding jari terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mendakwa pertuduhan terbabit berunsur politik.

Menurut Shamsuddin, Syed Saddiq perlu berjuang menegakkan keadilan di mahkamah jika benar merasakan dirinya tidak bersalah.

“Syed Saddiq dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersungguh mewujudkan persepsi buruk dan memfitnah kerajaan PN untuk mengalihkan pandangan rakyat tanpa ada bukti kukuh terhadap penglibatan kerajaan.

“ARMADA BERSATU Johor berpendapat, beliau tidak perlu gusar jika tidak bersalah kerana mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk membela diri di mahkamah kelak, malah tidak perlu mengheret rakyat dalam masalah ini untuk menutup salah laku beliau," katanya di sini hari ini.

Syed Saddiq jelasnya, perlu menghentikan tindakan berdebat di media sosial jika benar beliau seorang lelaki yang budiman.

"Beliau sepatutnya berdebat sahaja di mahkamah keadilan, bukan di media sosial, baharulah ‘gentleman’,” jelasnya, sinis.

Syed Saddiq, 28, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan penyalahgunaan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Muhammad Shamsuddin berkata, tuduhan dan kesalahan dilemparkan Syed Saddiq kepada kerajaan PN juga seolah-olah tidak seiring dengan ‘perjuangannya’ yang didakwa bersih dan menolak korupsi, sedangkan beliau sendiri terpalit dengan beberapa dakwaan.

Mengulas mengenai persoalan pihak tertentu mengapa baharu sekarang Syed Saddiq didakwa, katanya, sebarang pendakwaan yang akan dikenakan adalah berdasarkan penilaian teliti selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terperinci.

Siasatan itu jelasnya, membawa kepada banyak penemuan dan bahan bukti sehingga mencukupi untuk pendakwaan, sebelum proses mahkamah diteruskan.

“Jangan nak kelirukan rakyat, bukan hanya ada laporan atau siasatan, terus dikenakan kes. Ini bererti jelas ada kes untuk dibuktikan di mahkamah sama ada bersalah ataupun tidak,” katanya.

Muhammad Shamsuddin berkata, ARMADA BERSATU Johor menyeru semua pemimpin politik menumpukan kepada usaha menangani COVID-19 dan terus membantu masyarakat yang terkesan, berbanding mengutamakan kepentingan peribadi.

“ARMADA BERSATU Johor turut mengajak semua pihak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan memandangkan negara sudah berdepan varian baharu COVID-19.

“Kita masih belum menang, perangi COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama agar negara mencapai herd immunity (imuniti kelompok) secepatnya, dan membolehkan kita melaksanakan aktiviti ekonomi serta kehidupan seperti sedia kala,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2011

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 16 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad