Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pencerahan Annuar Zaini Mengenai Privy Council

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 11:09AM

Mohd. Annuar Zaini (kiri) dan Tun Abdul Hamid Mohamad. - Gambar dari perakinsights.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Privy Council peringkat persekutuan dicadangkan bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu melakukan keputusan terbaik apabila diperlukan.

Menurut anggota Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini, pakar-pakar tersebut tidak terbatas dalam bidang perundangan dan perlembagaan sahaja, malahan mencakupi bidang-bidang politik, ekonomi, agama, hubungan kaum, pendidikan, sosial budaya dan pelbagai lagi.

“Kita boleh memikirkan nama yang sesuai untuk Privy Council, seperti Dewan Perundingan atau Majlis Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

“Konsep tersebut boleh diambil daripada model Dewan Negara Perak atau Dewan Diraja Selangor, dan badan-badan seumpama yang wujud di setiap negeri. Setiap Raja Pemerintah di setiap negeri mempunyai entiti sedemikian.

''Perlu diingat institusi Yang di-Pertuan Agong ialah institusi baru yang diwujudkan menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, dan perwujudan institusi Yang di-Pertuan Agong tidak diperlengkap dengan badan yang serupa seperti yang wujud untuk Raja Pemerintah di peringkat negeri,” katanya yang dipetik dari BebasNews.

Mohd. Annuar berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang mengulas laporan bertajuk “Agong needs own legal privy council to counter AG” (Agong perlukan privy council sendiri untuk mengimbangi nasihat yang disembahkan oleh Peguam Negara) yang disiar oleh The Vibes pada 16 Julai 2021.

Tun Hamid memetik kenyataan Mohd. Annuar dan “pakar mengenai perkara itu, daripada kalangan peguam hinggalah kepada keluarga di-Raja” yang, “berpendapat bahawa sudah tiba masanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai badan penasihat bebas untuk mengimbangi nasihat yang dipersembahkan oleh Peguam Negara jika berlaku keraguan atau keadaan kelabu atau perselisihan tafsiran dan pandangan antara Istana Negara dan badan eksekutif.”

Mohd. Annuar berkata, beliau berpandangan perlunya difikirkan penubuhan sebuah Privy Council selepas mengikuti reaksi rakyat, berikutan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada Januari 2021; majoriti rakyat berpandangan Yang di-Pertuan Agong telah disalah nasihat kerana rakyat beranggapan darurat telah disalah gunakan untuk tujuan politik.

Akibatnya Istana Negara turut menerima tempias kemarahan rakyat.

Katanya, berikutan itu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu telah dipohon untuk menitahkan agar darurat ditamatkan dan suara rakyat dikembalikan dengan memohon Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Parlimen boleh bersidang dan di peringkat negeri Raja Pemerintah dipohon memperkenankan sidang Dewan Undangan Negeri.

“Oleh sebab masa dipohon Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat berlaku ketika beberapa orang Ahli Parlimen membuat kenyataan terbuka tidak lagi menyokong kerajaan yang sedia ada, sebahagian rakyat berpandangan Perdana Menteri telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat lalu cuba mendapatkan payung perlindungan Yang di-Pertuan Agong untuk terus kekal memimpin kerajaan.

''Keadaan sedemikian telah secara tidak adil mengheret kemuliaan istana dalam kemelut politik yang membuatkan rakyat turut marah dan menghukum istana bersifat berpihak.

“Ketika menghadapi suasana kelabu begini, adalah lebih bijaksana untuk Yang di-Pertuan Agong berpeluang mendapat pandangan kedua atau ketiga agar dapat menimbangkan keputusan secara lebih berfakta dan bermaklumat, bertindak adil dan saksama, bebas dan berkecuali dan tidak dilihat memihak kepada sesiapa” kata Annuar.

Menurut Annuar lagi:

“Saya sekadar mencadangkan perkara tersebut (penubuhan Privy Council) bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong terutamanya, begitu juga Majlis Raja-raja ketika berhadapan dengan isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara, serta situasi pertentangan pendapat yang berlaku mengenai keraguan keikhlasan nasihat yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah lebih teratur untuk Yang di-Pertuan Agong begitu juga Majlis Raja-raja, berpeluang juga mendengar pandangan dan pendapat yang tidak terbatas kepada sembah nasihat Peguam Negara agar baginda ketika memperkenankan sesuatu keputusan dapat memenuhi peranan semak dan imbang secara efektif, berkesan, adil dan saksama.

Menurut Annuar, Tun Hamid turut memetik pengalaman beliau bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Almarhum) kerap meminta nasihat beliau (Tun Abdul Hamid) dalam perkara-perkara berkaitan undang-undang dan mengikut tulisan Tun Abdul Hamid, Sultan Azlan tidak pernah meminta nasihat undang-undang daripada Dewan Negara Perak”

“Saya tidak dalam kedudukan untuk mendedahkan kepada umum perkara-perkara yang dibincangkan oleh Sultan Azlan Shah (Almarhum) dengan ahli-ahli Dewan Negara Perak.

''Namun berdasarkan pengalaman saya, Sultan Azlan Shah mengamalkan sikap berkonsultasi, terbuka mendapatkan pandangan pelbagai pihak ketika menimbangkan sesuatu perkara, malah berdasarkan pengalaman saya, dalam perkara-perkara berkaitan undang-undang, Sultan Azlan tidak membatasi sumber nasihat daripada seorang individu semata-mata, malah berhubung dengan pengamal undang-undang dalam kerajaan serta juga badan guaman, termasuk ahli-ahli akademik.

“Pada hakikat Tun Hamid dihubungi oleh baginda untuk mendapatkan pandangan, mengesahkan bahawa Sultan Azlan Shah (Almarhum) tidak membatasi sumber nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Perak semata-mata. Itulah kebijaksanaan dan keistimewaan Sultan Azlan Shah yang memperlihatkan sikap seorang hakim yang amat arif lagi bijaksana, terbuka dan sedia mendengar pandangan daripada pelbagai pihak, merentasi pegangan agama, kaum, profesion dan pendirian politik sebelum merumuskan sesuatu keputusan; begitu juga dalam perkara-perkara lain berkaitan agama, hubungan kaum, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya.”

Katanya, adalah diakui ketika ini tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan mengenai Privy Council. Bagaimanapun, kata Annuar, itu tidak bermakna idea ini tidak boleh ditimbangkan.

“Idea ini tidak wajar terus dibunuh dengan hujah-hujah bersifat defensif.

“”Perlembagaan negara bukan Quran yang tidak boleh dipinda. Sejak digubal, dan setelah 64 tahun merdeka, Perlembagaan telah berulang kali dipinda untuk diperlengkap dan diperkemas supaya diselaraskan dengan keadaan dan keperluan semasa.

“Apa yang penting difikirkan ialah tentang keperluan dan relevansinya untuk melindungi kedaulatan Raja Pemerintah, kekal dipertahankan sebagai penimbang tara yang berkecuali dan adil antara cabang-cabang kerajaan.”

Menurut Annuar, peristiwa pengisytiharan darurat Januari 2021 hendaklah dilihat sebagai satu pengajaran; kemungkinan satu hari nanti, apabila Perdana Menteri atau kerajaan yang sedang memerintah menjangkakan mereka akan tewas dalam pilihan raya, lalu memohon Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan daripada pilihan raya dapat diadakan.

“Kita harus mengambil pengajaran daripada kejatuhan takhta Kerajaan Nepal, apabila kerajaan yang tidak lagi mendapat sokongan rakyat dijatuhkan, dan rakyat melihat takhta begitu berpihak dan terlalu melindungi kerajaan yang tidak disukai rakyat, apabila kerajaan jatuh, takhta juga turut dihapuskan. Oleh itu penting untuk difikirkan mekanisme yang dapat melindungi kedaulatan dan kemuliaan takhta terus dapat dipertahankan.”

Annuar menambah, isunya adakah wajar Yang di-Pertuan Agong hanya terbatas mendapat nasihat daripada Peguam Negara semata-mata dalam keadaan yang kelabu atau kurang nyata dan adakah adil atau bijaksana menidakkan Yang di-Pertuan Agong hak mendapat pandangan kedua atau ketiga apabila baginda ada keraguan tentang keikhlasan niat dan tujuan nasihat yang disembahkan oleh kerajaan yang sedang berkuasa.

Jelasnya lagi, Yang di-Pertuan Agong wajar mendapat nasihat daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang melalui Privy Council yang dicadangkan agar istana dilindungi daripada melakukan pertimbangan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kesaksamaan. - Getaran, 24 Julai 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 6 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi