web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Kehadiran Ahli Parlimen Diputuskan Minggu Depan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 3:57PM

Rashid Hasnon - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Keputusan sama ada mengehadkan hanya 80 ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat seperti yang dibuat pada persidangan sebelum ini, akan diputuskan pada minggu depan sebelum persidangan khas dewan bermula 26 Julai ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata perkara itu akan dibincangkan dengan ketua-ketua whip yang mewakili parti politik masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata ia sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19.

“Setiap menteri dan timbalan menteri juga akan dihadkan membawa staf mungkin dua atau tiga orang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk melakukan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, di sini hari ini.

Dalam persidangan dewan sebelum ini hanya 80 Ahli Parlimen - 41 daripada pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas dibenar menghadiri persidangan, namun kesemua ahli Parlimen boleh memasuki dewan ketika sesi pengundian.

Mohd Rashid juga berharap semua yang terlibat dengan persidangan Dewan Rakyat dapat mematuhi SOP susulan situasi COVID-19 yang mencatatkan lima angka kes positif pada masa ini.

Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini menyebut sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran