web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gambar Makan Bersama Guan Eng Menunjukkan BN Kerajaan Terbaik - Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 9:32AM

Gambar menunjukkan Zahid makan bersama Guan Eng di Pulau Pinang pada 2017. - Gambar dari Instagram Ahmad Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas satu lagi gambar dirinya bersama dengan musuh UMNO tersebar di atas talian, presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, membalas apa yang dianggapnya sebagai satu serangan peribadi terhadapnya oleh pengkritik.

Zahid memuat naik tangkap layar hantaran oleh akaun Facebook Kami Sayang Tun Mahathir ke akaun Intagramnya, bersama kapsyen yang menyebut gambar itu membuktikan yang Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengetepikan perbezaan politik bila mentadbir negara, lapor The Vibes.

Gambar yang dimaksudkan menunjukkan Zahid sedang menjamu selera bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan beberapa orang lagi. Gambar itu disertakan dengan kapsyen yang berbunyi “Kluster Jajaran Baru langgar SOP. Kenapa cai Ameno (UMNO) tak report Polis?”, memberi gambaran yang ia diambil baru-baru ini.

Dalam muatan Instagramnya Zahid berkata yang gambar itu diambil pada 2017 di Pulau Pinang, berikutan banjir besar di negeri itu.

Beliau berkata Guan Eng, yang merupakan Ketua Menteri pada masa itu, menghubunginya pada pukul 3 pagi, meminta bantuan kerajaan persekutuan kerana negeri tersebut tidak mampu menangani bencana itu sendiri.

Katanya kerajaan BN pada masa itu memberi bantuan kepada Pulau Pinang dengan serta-merta, dengan dirinya juga turun padang.

“Begitu caranya jadi kerajaan Malaysia. Jaga rakyat dan negara sepenuh hati. Bukan menutup pintu Parlimen dan menggantung demokrasi.

“Bukan menyalahgunakan Ordinan Darurat untuk kepentingan diri. Bukan memandang mudah bantuan dan tuntutan rakyat.

“Bukan terus dalam sindrom penafian tentang ekonomi yang merudum. Bukan memperkotak-katik titah Agong dan Raja-Raja Pemerintah,” kata Zahid.

Walaupun rakyat terus sengsara dan negara menuju kegagalan di bawah kepimpinan pentadbiran Perikatan Nasional sekarang, Putrajaya seperti tidak terkesan, tambahnya.

“Kita berhujah tentang fakta, mereka cekal dengan tipu daya. Mereka (yang) bermain politik tetapi UMNO pula dituduh bermain politik.”

Ini adalah kali kedua dalam masa seminggu gambar Zahid bersama musuh tradisi partinya disebarkan di media sosial.

Tan Sri Annuar Musa, yang sedang berbalah dengan presiden itu sejak awal tahun lagi, berkongsi beberapa gambar Zahir bersama Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Johari Abdul dengan kapsyen yang berbunyi:

“Makan sedulang memang sedap ... Lebih- lebih lagi kalau dapat dining di restoran musim PKP.”

Zahid tidak memberi respons kepada ciapan di akaun Twitter Annuar itu.

Beliau telah kritikan dari dalam UMNO selepas menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pakar politik berkata yang parti itu sudah terbelah dua, sebahagian daripadanya menyokong Zahid dan bahagian satu lagi yang diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin lain yang memegang jawatan dalam kerajaan PN. - Getaran, 17 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut