Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Alasan Tak Buka Parlimen, Utamakan Kepentingan Rakyat - BN Pahang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:21AM

Mustaffar Kamal Ab Hamid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - “Apa lagi alasan kerajaan (Perikatan Nasional) yang seolah-olah takut untuk membuka sidang Parlimen, sedangkan semua (ahli Parlimen) sudah menerima vaksin.

“Kalau mereka faham titah Yang di-Pertuan Agong, (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) tidak sepatutnya timbul isu untuk tangguh sampai bulan Oktober baru nak buka (sidang Parlimen),” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid ketika ditemui di sini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan PN yang dilihat seperti ingin menangguhkan pembukaan Parlimen hingga tiga bulan lagi.

“Seboleh-bolehnya, kena dipercepatkan kerana ini membabitkan kepentingan rakyat, rakyat ingin tahu apa yang kerajaan sedang buat untuk atasi masalah ini (wabak COVID-19). Pelik jugalah, kerana sebelum ini sekolah dibenarkan dibuka, kilang pun dibenarkan beroperasi, tapi Parlimen pula cuba dilengah-lengahkan pembukaannya.

“Jangan cakap pasal (pematuhan) prosedur operasi standard (SOP), perkara ini semua sudah tahu dan rakyat juga sudah sedia maklum dengan SOP yang perlu mereka patuhi. Kalau rakyat boleh patuh, takkanlah 220 ahli Parlimen tidak boleh,” tegasnya.

Mustaffar berkata, perbincangan yang lebih efektif hanya dapat dijalankan menerusi sidang Parlimen bagi membolehkan semua agenda dapat dibentangkan secara telus kepada rakyat.

“Kalau macam sekarang, rakyat tidak tahu apa langkah proaktif dan berapa banyak (perbelanjaan) kerajaan gunakan untuk menyelesaikan masalah COVID-19. Jadi, bila (Parlimen) bersidang, barulah ada check and balance dan tidaklah berlaku penyalahgunaan kuasa kerana ketika ini kita tidak ada ruang untuk bertanyakan semua ini,” katanya.

Mustaffar Kamal turut menjunjung kasih atas kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dan Majlis Raja-Raja yang mencadangkan agar Proklamasi Darurat yang dikuatkuasakan sejak 14 Januari lalu, tidak disambung selepas 1 Ogos ini.

Katanya, keputusan itu juga sangat jelas menunjukkan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap keresahan rakyat ketika ini.

“Apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah Parlimen perlu bersidang secepat mungkin, maknanya ia perlu disegerakan, bukanlah nak tunggu bulan September atau Oktober baru nak buat. Rakyat sekarang dalam keadaan tertekan, jadi perlulah satu sidang (Parlimen) untuk membincangkan perkara ini.

“Pendirian Al-Sultan Abdullah dan Majlis Raja-Raja berkait pelaksanaan (proklamasi) darurat juga sangat jelas, kerana perkara ini (proklamasi darurat) sebenarnya banyak mengakibatkan kerugian kepada negara. Pelabur dari luar tidak berani untuk masuk (melabur), pelabur sedia ada pula menarik diri dan pergi (melabur) ke negara lain, semua ini berpunca daripada keadaan semasa kerajaan yang tidak stabil,” katanya.

Mustaffar Kamal menarik perhatian, status negara yang masih berada dalam keadaan darurat hanya akan membantutkan keinginan pelabur untuk memasuki negara ini.

“Buat apa mereka (pelabur) datang, jika keadaan politik di Malaysia tidak stabil. Selagi kita berada dalam keadaan darurat, selagi itu kita tidak mendapat keyakinan daripada pelabur,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku undi tidak percaya jika Parlimen bersidang dalam masa terdekat, beliau berkata, perkara itu bukanlah keutamaan buat masa ini kerana isu paling penting ialah rakyat ingin tahu apa yang sedang dilakukan kerajaan untuk menangani wabak COVID-19 dan langkah diambil kerajaan bagi memulihkan ekonomi.

“Saya tidak fikir isu undi tidak percaya menjadi agenda utama sidang Parlimen, kerana masalah COVID-19 lebih besar dan perlu penyelesaian segera.

“Kalau ada yang terfikir untuk mengemukakan usul undi tidak percaya, saya rasa itu tindakan mementingkan diri sendiri sedangkan Yang di-Pertuan Agong meminta Parlimen bersidang untuk membincangkan hal berkaitan COVID-19, termasuk mempercepatkan pengagihan vaksin serta pemulihan ekonomi negara,” katanya. – Getaran, 20 Jun 2021

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran