web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Mahu Parlimen Bersidang Sekarang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 10:13PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petikan daripada kenyataan media Istana Negara yang dimuat naik semula ke laman Facebooknya semalam adalah isyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah kepada Putrajaya, bahawa baginda mahu Parlimen bersidang pada kadar segera.

Dalam petikan itu, Istana Negara memetik satu bahagian daripada kenyataan tersebut yang berbunyi:

“Selepas mengambil kira pandangan semua pemimpin parti politik, Jawatan Kuasa Bebas Darurat 2021, dan taklimat dari pakar dan agensi-agensi, Yang di-Pertuan Agong berpendapat yang Parlimen mesti bersidang secepat mungkin.

“Ini untuk membolehkan Ordinan Darurat dan Rancangan Pemulihan Nasional dibahaskan oleh Ahli Parlimen.”

“Baginda mahu Dewan Rakyat bersidang segera dan bukannya selepas 1 Ogos.”

Di sebalik kehendak peribadinya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagaimanapun tidak boleh menitahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memanggil semula Parlimen bersidang kerana ia akan melampaui batas-batas perlembagaan.

“Ini adalah isyarat yang baginda mahu Parlimen dibuka sekarang.

“Oleh kerana baginda telah menitahkan yang Parlimen harus bersidang untuk membincangkan Ordinan Darurat, ini bermakna baginda mahu Dewan Rakyat bersidang segera dan bukannya selepas 1 Ogos.

“Baginda sedang menzahirkan secara halus kepada Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan apa yang dikehendaki Majlis Raja-Raja kerana kedua individu tersebut telah memberikan alasan kenapa Parlimen tidak sepatutnya bersidang,” kata sumber yang dekat dengan Istana Negara kepada The Vibes.

Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) telah menerima kritikan negatif daripada orang ramai kerana kegagalan dalam pelancaran vaksin, dan juga berdepan dengan kemerosotan ekonomi.

Baginda juga menyebut tentang kepentingan perlunya ada satu kerajaan yang stabil dan kuat untuk menguruskan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Di sini, pemerhati itu berkata yang kita boleh menafsir mesej baginda yang pemberian mandat tentang siapa layak memerintah negara dan mengawal wabak ini harus dipulangkan semula kepada rakyat jelata.

Muhyiddin, Takiyuddin derhaka?

Pengumuman yang Parlimen hanya akan bersidang pada September atau Oktober oleh Muhyiddin, berserta dengan kenyataan Takiyuddin yang Seri Paduka tidak memberi tarikh tertentu untuk Parlimen bersidang, dengan jelas menunjukkan yang mereka berdua menentang kehendak baginda.

“Adakah kerajaan dan Perdana Menteri mahu mengambil risiko dicop derhaka?”

Sebelum ini, The Vibes melaporkan yang pakar perlembagaan berkata, ketua negara boleh memaksa Parlimen untuk bersidang dan taktik PN untuk melengahkan persidangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai penderhakaan kepada pemerintah.

Pakar perundangan Datuk Salleh Buang berkata, walaupun perlembagaan persekutuan tidak menyatakan hukuman kerana derhaka, tidak mengikut titah yang persidangan Parlimen harus dilakukan dengan segera, boleh membawa akibat.

“Dalam budaya Melayu, ia adalah derhaka. Adakah kerajaan dan Perdana Menteri mahu mengambil risiko dicop sebegitu?

“Dalam situasi terburuk, akan terjadi krisis perlembagaan. Jika itu berlaku, kerajaan harus tahu yang baginda akan bersama rakyat jelata termasuk parti pembangkang,” katanya.

Salleh menambah, berdasarkan logik akal dan juga dari segi keutamaan, Parlimen harus bersidang semula walaupun darurat belum tamat.

Ini penting supaya Dewan Rakyat boleh mengkaji semula ordinan sekarang dan membuat keputusan sama ada ia perlu dibatalkan, memandangkan ia akan kekal selama enam bulan selepas darurat tamat, katanya.

Agong boleh memaksa Parlimen untuk bersidang

Pada masa yang sama, mengikut pakar perlembagaan Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang membolehkan Seri Paduka memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang pada tarikh yang difikirkannya sesuai.

Perkara itu boleh dijayakan dengan menggubal ordinan darurat baharu dibawah Artikel 150(2B) perlembagaan.

“Agong boleh menerbitkan ordinan untuk menangguhkan peruntukan yang menghendaki baginda mendapatkan nasihat kabinet sebelum memanggil Parlimen untuk bersidang,”

Wan Fauzi berkata, walaupun Ordinan Darurat (Kuasa Penting) 2021 menyatakan Parlimen boleh dipanggil untuk bersidang pada tarikh yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, ini harus dicadangkan oleh Kabinet.

Artikel 40 perlembagaan menyatakan yang Seri Paduka harus menerima dan bertindak sesuai dengan nasihat untuk semua ketentuan umum di bawah undang-undang tertinggi.

“Ini bermaksud yang jika Agong mahukan Parlimen untuk bersidang semula, baginda hanya boleh bertindak sebegitu dibawah nasihat Perdana Menteri,” kata Wan Fauzi.

Untuk menggantikan perkara ini, ordinan baharu harus dikeluarkan oleh baginda untuk menangguhkan Artikel 40. Perkara ini dibenarkan di bawah peraturan darurat.

“Agong boleh menerbitkan ordinan untuk menangguhkan peruntukan yang menghendaki baginda mendapatkan nasihat kabinet sebelum memanggil Parlimen untuk bersidang,” tambahnya. - Getaran, 19 Jun 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 27 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran