web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Derhaka Titah Agong Jika Gagal Adakan Segera Sidang Parlimen - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 10:21PM

Dr Asyraf Wajdi akan mendesak kepimpinan tertinggi UMNO untuk menyatakan pendirian sekiranya kerajaan tidak mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan kerajaan mengadakan sidang Parlimen dengan kadar segera dianggap satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, pihaknya akan mendesak kepimpinan tertinggi UMNO untuk menyatakan pendirian sekiranya kerajaan tidak mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

“Kegagalan melaksanakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja pemerintah ini boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

“Perkara ini seiring dengan asas dan tujuan perjuangan UMNO untuk sentiasa membela dan mempertahankan kepentingan Raja-raja Melayu sebagaimana fasal ketiga perlembagaan parti,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Istana Negara berpendapat langkah itu perlu bagi membolehkan ordinan-ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh semua ahli Dewan Rakyat.

Menarik perhatian, ujar Asyraf Wajdi lagi, istilah “secepat mungkin” yang digunakan Seri Paduka dalam penzahiran sebelum ini sudah amat jelas memberikan indikasi baginda yang mahu parlimen dibuka pada kadar segera.

“Pemuda amat terkilan dengan sikap kerajaan yang dilihat cuba berdolak-dalik dan mempolemikkan istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ seolah-olah tidak menghormati titah Seri Paduka dan Raja-Raja Pemerintah.

“Bagi Pemuda UMNO, sidang Parlimen ini amat mustahak disegerakan bagi membolehkan suara, harapan dan tuntutan rakyat yang dalam keresahan dan kesempitan di kala pandemik COVID-19 dapat diperbahasakan serta diangkat secara rasmi oleh wakil mereka yang dipilih melalui sistem demokrasi berparlimen,” katanya lagi.

Tegasnya, Pemuda UMNO akan terus mendesak kerajaan untuk segera mengeluarkan notis panggilan bagi membolehkan Parlimen bersidang sebelum darurat tamat 1 Ogos ini. - Getaran, 19 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish