web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Semua Perkara Libat Institusi Undang Sedang Ditangani, Kerajaan Persekutuan Beri Kerjasama Penuh’ - PM

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2026 2:31PM

Anwar Ibrahim - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua persoalan yang melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran dan proses sah, berlandaskan kebijaksanaan Undang.

Menegaskan perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh untuk memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri perlu terus dipelihara serta dipertahankan, dalam apa jua keadaan.

“Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus malam tadi bagi membincangkan perkembangan melibatkan institusi Raja dan pentadbiran Kerajaan Negeri, selain menjunjung kasih atas kebijaksanaan Duli Tuanku dalam menangani perkara ini.

“Dalam pertemuan tersebut, saya menyokong titah Duli Tuanku agar YAB Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Jelas Anwar, beliau yakin Aminuddin akan terus bertugas dengan sempurna, berdasarkan pengalaman dan khidmat cemerlangnya selama ini.

 “Saya juga menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan terus berhemah, beradab dan menjaga ketertiban terutama dalam membicarakan ehwal institusi Raja dan undang-undang negeri.

"Kemenakan beraja ke mamak, mamak beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada kebenaran, dan kebenaran itu berdiri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Aminuddin menerusi sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar semalam di Seremban memberitahu, pentadbiran jentera Pakatan Harapan di negeri berkenaan akan diteruskan, walaupun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah menarik semula sokongan mereka.

Katanya, kedudukan ADUN yang masih setia telah dimaklumkan kepada Tuanku Muhriz, dan baginda menitahkan agar pentadbiran kerajaan negeri diteruskan seperti biasa.

Jelas beliau, Negeri Sembilan ketika ini ditadbir sebagai kerajaan minoriti, tanpa sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan ADUN BN dalam masa terdekat, bagi menyelesaikan kemelut berkenaan. - Getaran, 28 April 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 14 jam yang lalu

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

3

Semasa 1 hari yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

4

Sukan 2 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung: Bapa Dipenjara 21 Tahun, Sebat 20 Kali

oleh Sophia Ahmad