web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Dijangka Menghadap Agong Pagi Rabu - Sumber

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 11:34PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima jemputan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber parti berkenaan memberitahu The Vibes, Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan dijangka menghadap Agong pagi esok.

''Ya, beliau akan menghadap Agong esok. Saya tidak pasti pukul berapa, tapi saya dimaklumkan pagi,'' kata sumber berkenaan.

Sementara itu, The Star melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menerima jemputan sama.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, surat berkenaan dihantar ke pejabat Abdul Hadi di Terengganu pada 4 Jun lalu.

Dalam perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Agong di Istana Negara.

Menurut Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin kepada Bernama, Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu dijangka menghadap Agong pagi esok. - Getaran, 8 Jun 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 54 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad