Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Perlu Siasat Tony Pua, Biarkan Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya - Aktivis

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 4:59PM

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman gara-gara memuat naik hantaran yang disifatkan menghina Yang di-Pertuan Agong - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

UALA LUMPUR - Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang memuat naik hantaran bersifat menyindir di Facebook disifatkan sebagai amat ‘tidak cerdik’.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, kesemua hantaran dimuat naik Pua jelas berunsur emosi dan sama sekali tidak mencerminkan peribadi beliau sebagai seorang intelektual.

Menurut beliau, tindakan Pua itu menyamai apa yang sering dilakukan penyokong tegar pembangkang, Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau Papagomo, versi bahasa Inggeris.

“Saya baca posting beliau dan saya kepilkan di bawah. Tiga posting semuanya, nampak seperti di up posting ketika emosi meninggi. Diperli-perli dengan ayat troll. Dah level Papagomo versi English. 

“Pada saya sangat Bad Taste. Tak nampak intelektual, purely emosi,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Liyana Marzuki - gambar Facebook
Liyana Marzuki - gambar Facebook

Bagaimanpun jelas Liyana, hantaran dibuat Pua tidak menggambarkan sebarang unsur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, seperti tanggapan banyak pihak.

“Kenyataan yang dilaporkan kepada polis ialah “I beg your pardon?”. Maka terus lah beliau disiasat bawah Akta Hasutan. Dipanggil mengadap polis semalam. 

“Sekarang isunya, kita nak nilai, troll itu kepada siapa sebenarnya? Adakah kepada Agong atau Kerajaan semasa,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, penggunaan Akta Hasutan ke atas Pua bercanggah dengan pendirian sebelum ini bahawa akta berkenaan hanya terpakai untuk kesalahan melibatkan Raja-Raja Melayu dan Sultan, bukan untuk pemimpin dan parti. 

“Makanya, kita kira siasatan ke atas Tony Pua dibuat kerana dia memerli Raja? Dalam kita percaya kenyataan beliau sangat bad taste, saya tak rasa beliau sampai menghasut benci Raja. Nampak macam meroyan tak puas hati saja. 

“Sama saja, orang UMNO marah-marah mengenai kes ini. Buat posting banyak sekali, tidak puas hati. Adakah mereka derhaka Raja juga? Adakah siasatan ke atas mereka,” katanya.

Liyana yang juga bekas peguam berkata, pendakwaan ke atas Pua mengikut Akta Hasutan sebenarnya tidak perlu dilakukan kerana bekas pemimpin DAP itu hanya bertindak mengikut emosi.

“Saya masih mencari di mana elemen hasutan itu. Saya nampak seperti sama dengan segala kenyataan pemimpin UMNO menghentam keputusan. 

“Makanya, saya tak rasa perlu Kerajaan bertindak terhadap mereka. Biarkan mereka dengan labu-labunya. Kita nilai apa mereka bicara. At the end, is always to pick the lesser evil,” katanya.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Pengampunan 2 Februari lalu, Pua memuat naik beberapa hantaran, menyindir pihak tertentu kerana memberi pengurangan hukuman ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Susulan hantaran, beberapa pihak termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis ke atas Pua, kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong. - Getaran, 6 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hina Agong: Tony Pua Beri Keterangan Esok - KPN

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Benarkan Rayuan MIA, Kembalikan Aduan Tony Pua Terhadap Juruaudit 1MDB

4

Politik 10 bulan yang lalu

Jangan Layan Kenyataan Bertentangan Pendirian Rasmi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 19 jam yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Semasa 1 hari yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku