web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Pengundi India Mahu Wakil Rakyat Lantang Bawa Suara Minoriti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 12:15PM

E. Navin (kiri) dan R. Vinothini (kanan) antara masyarakat India di Kemaman, mahu bakal wakil rakyat yang dipilih dalam PRK Kemaman mampu angkat suara komuniti itu di peringkat Persekutuan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Jumlah mereka tidak ramai, namun pengundi India di Kemaman, daerah selatan Terengganu ini yang kini berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK), mengimpikan wakil rakyat yang dipilih kelak dapat mengangkat suara kumpulan minoriti dengan lantang ke peringkat Persekutuan. 

Hidup dikelilingi majoriti masyarakat Melayu, penduduk India di Parlimen itu percaya mereka juga mempunyai hak dan peluang sama serta berperanan penting dalam membawa pembangunan di kawasan itu. 

Berhadapan Pilihan Raya kali ketiga dalam tempoh setahun, anak muda dari Kampung Fikri di sini, E. Navin, 24, menaruh harapan tinggi agar Ahli Parlimen yang dipilih dapat menggalas amanah untuk menjaga setiap rakyat di kawasan yang dipimpin, tanpa mengira agama mahupun bangsa.

“Komuniti India di Kemaman ini, kami dah diasimilsikan dengan cara hidup masyarakat Melayu, kami tiada masalah, faham dan saling menghormati cara hidup masing-masing.

Namun, kami harap parti mana sekalipun yang jadi Ahli Parlimen perlu berhati murni, jaga kebajikan semua penduduk Kemaman tak kira kaum dan agama diberi layanan sama rata,” kata siswazah lulusan Sarjana Muda Pengajian Antarabangsa dan Stategik Universiti Malaya (UM) itu kepada Bernama.

Daripada keseluruhan 141,790 pengundi yang layak mengundi pada PRK itu, hanya kira-kira 800 daripadanya adalah pengundi India.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Navin berkata antara keperluan utama komuniti India di kawasan itu ialah sebuah dewan komuniti untuk menjalankan aktiviti pembangunan sosial, kebajikan dan kerohanian. 

“Di Kemaman ini ada satu sahaja kuil iaitu Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Air Puteh yang menjadi tempat komuniti India berkumpul, tetapi tidak semua perkara boleh dilakukan di kuil sebab ia rumah ibadah jadi kita harus hormat, justeru kami sangat memerlukan dewan komuniti untuk  aktiviti sosial,” katanya.

Sementara itu, suri rumah dari Kampung Mak Chili, R. Vinothini, 38, memohon guru bahasa Tamil ditempatkan di sekolah di Kemaman bagi memberi peluang murid India mempelajari mata pelajaran itu dengan lebih baik, walapun jumlah mereka kurang.

“Kalau boleh kita mahu walaupun murid kurang 15 orang juga dapat diberi peluang belajar bahasa Tamil untuk mereka menguasai mata pelajaran itu lebih baik kerana kanak-kanak India kini kebanyakannya boleh bercakap tetapi tidak pandai menulis dan membaca bahasa Tamil dan itu satu kerugian buat masyarakat India,” katanya.

Penternak kambing, S Sarita, 30, pula berharap wakil rakyat yang dipilih dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan murid India di Kemaman bagi memastikan anak muda komuniti itu tidak tercicir dalam pembelajaran.

“Kami tak perlukan sekolah Tamil sebab kami ini sedikit sahaja, tetapi perlu beri tumpuan kepada pendidikan anak-anak India ini supaya mereka minat belajar, tidak terjebak perkara tidak baik macam dadah dan bantu komuniti India ubah taraf kehidupan mereka.

“Selain itu, tekanan kos sara hidup yang dialami rakyat juga perlu diberi perhatian kerana kos sara hidup di Kemaman tinggi sama sahaja macam di Kuala Lumpur, tetapi gaji minimum yang diberikan pula rendah jadi tak setanding perkembangan di Kemaman ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 2 Dis ini bagi hari mengundi untuk PRK Kemaman yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad