web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Zahid Hamidi Pasti Akan Pengaruhi Keputusan PRK Pulai, Simpang Jeram - Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 7:46AM

Keputusan mahkamah melepas tanpa membebas Ahmad Zahid Hamidi diyakini akan mempengaruhi pengundi pada PRK Pulai dan Simpang Jeram - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak dapat disangkal, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kesemua 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi ‘mengecewakan’ banyak pihak. 

Keputusan tersebut disifatkan mereka sebagai tidak adil dan memberi bayangan seolah-olah wujud ‘tangan ghaib’ yang mencampuri hal ehwal institusi kehakiman negara.

Pada masa sama, UMNO dan barisan kepemimpinan tertinggi pula menyambut baik ketetapan diputuskan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah itu.

Setiausaha Agung parti, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan berkenaan adalah bukti nyata bahawa Presiden UMNO berkenaan menjadi mangsa pendakwaan politik.

Mengulas isu tersebut, Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, peristiwa terbabit diyakini bakal memberi impak dan mempengaruhi undi Melayu terhadap calon yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan. 

Dr Mazlan Ali - gambar fail
Dr Mazlan Ali - gambar fail

"Ada kesan, kita tak kata kesan besar, tetapi akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

"Soal mahkamah kita tak boleh persoalkan, ini adalah sistem keadilan. Ada sebab kenapa keputusan begitu, tetapi orang akan guna kes itu sebagai satu sentimen, atau naratif. Soal betul ke tak betul akan jadi nombor dua tetapi perkara itu akan mempengaruhi (undi) terutamanya segmen Melayu," katanya kepada Getaran. 

Menurut beliau, keputusan Mahkamah Tinggi itu secara tidak langsung boleh mengubah jangkaan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. 

Jelasnya, kajian dijalankan sebelum mendapati PH-BN berpeluang mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan, namun senario semasa menyaksikan situasi sebenar berpotensi untuk bertukar.

"Di Pulai PH nampak boleh menang, tetapi di Simpang Jeram kita jangkakan 50-50. 

"Kes Zahid dilepaskan, mungkin akan mempengaruhi (keputusan pilihan raya). Sentimen itu orang akan guna, dan silap-silap PN (Perikatan Nasional) pula boleh menang tipis," katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi,  selepas kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Kematian Salahuddin Ayub secara tiba-tiba menyebabkan kekosongan luar jangka ke atas Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram - gambar fail
Kematian Salahuddin Ayub secara tiba-tiba menyebabkan kekosongan luar jangka ke atas Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram - gambar fail

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada jam 9.23 malam akibat pendarahan otak.

Mengulas lanjut, Dr Mazlan yang juga Pensyarah Pusat Perdana di Fakulti Teknologi & Informatik Razak berkata, sokongan dari ahli UMNO kepada PH diyakini turut berkurangan.

Hal ini katanya, dibuktikan oleh kecenderungan generasi muda dan pengundi luar untuk mengalihkan sokongan terhadap PN.

"Tidak ada jaminan orang UMNO akan beri sokongan kepada PH. Saya rasa separuh pun sukar untuk PH dapat sokongan dari UMNO. 

"Orang UMNO sekarang tidak solid, sudah tidak boleh guna matematik mudah BN campur PH dia akan jadi berganda, tidak akan jadi begitu. Penyokong UMNO tidak akan solid menyokong PH, (kerana) sebahagian daripada mereka akan menyokong PN. Rata-rata sekarang begitu, dan orang muda serta pengundi luar sudah (mula) tunjukkan trend untuk sokong PN," katanya. 

Sebelum ini, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu optimis calon PH akan memperoleh kemenangan besar Sabtu nanti. 

Beliau berkata, ia berikutan kerja keras UMNO dan BN demi memastikan kemenangan kedua-dua calon. - Getaran, 7 September 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar