web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: Calon PH Cadangkan Laluan Khas Pengundi Kerja, Tinggal di Singapura

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 9:18AM

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat mencadangkan supaya kerajaan menyediakan satu laluan khas di pintu masuk negara di Johor untuk pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang bekerja atau tinggal di Singapura balik mengundi pada 9 Sept ini.

Suhaizan berkata cadangan menyediakan laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) itu sudah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

“Itu (cadangan laluan khas) memang ada dalam cadangan kita kepada pihak kerajaan Persekutuan dan kita akan buat susulan.

“Dalam masa sama kita akan terus dekati pengundi yang bekerja atau menetap di seberang tambak (Singapura) menerusi hebahan di media sosial,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan mesra di pasar malam di Taman Tan Sri Yaakob, Perling di sini, semalam.

Beliau berkata menjelang hari mengundi, kaedah berkempen terus dipelbagaikan termasuk ceramah mega yang akan dihadiri Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk khususnya memikat pengundi atas pagar.

Selain itu, Suhaizan berkata setakat hari ke empat kempen PRK itu, gerak gempur kempen beliau dan jentera sudah meliputi kira-kira 15 hingga 20 peratus kawasan pengundi di Parlimen berkenaan.

Pada PRK Parlimen Pulai, beliau berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian 9 Sept. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad