web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Tanding Atas Tiket Sendiri Hanya Pandangan Peribadi – Azalina

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 6:02PM

Cadangan UMNO bertanding tiket sendiri pada pilihan raya akan datang pandangan peribadi Azalina. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said  berkata pandangannya berhubung UMNO bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya akan datang adalah pandangan peribadinya.

Ahli Parlimen Pengerang itu menyifatkan pandangan berkenaan tidak mewakili pendirian rasmi UMNO atau Barisan Nasional (BN) dan tidak sepatutnya menjadi isu kerana itu adalah haknya sebagai ahli UMNO dan tidak menjadi kesalahan baginya memberi pandangan.

"Saya tidak melihat itu sebagai pandangan rasmi UMNO tetapi pandangan saya sebagai ahli UMNO dan saya mewujudkan tiga senario (pada penulisan) itu, pada saya sebagai ahli UMNO.

Di mana salahnya? Saya memberikan penulisan (pandangan) sebagai seorang yang sudah hendak dekat 60 tahun ini, saya mempunyai pandangan peribadi dalam politik dan itu hanyalah melambangkan pemikiran saya, juga soalan yang saya tanya pada diri saya sendiri," kata beliau kepada pemberita di Dewan Kejora, Bandar Penawar, di sini hari ini.

Azalina berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan MIC dan MCA berhubung pandangan Azalina supaya UMNO mempertimbangkan untuk bertanding sendiri pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Azalina melancarkan Majlis Semarak Malaysia Merdeka 66 tahun Peringkat Parlimen Pengerang di sini.

Semalam, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), menerusi Facebooknya pada Selasa lepas, mempersoalkan sama ada sudah tiba masanya UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut membangkitkan adakah parti itu pada masa akan datang masih lagi bertanding di bawah bendera BN atau pun di bawah BN dengan gabungan baharu. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad