Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRK Pulai: Suhaizan Mahu Kemenangan Dengan Majoriti Meyakinkan Buat PH

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 7:26PM

Suhaizan Kaiat. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Calon Parlimen Pulai yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat, mahu memberikan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan buat Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan.

Biarpun tidak pernah memenangi lima kerusi Dewan Undangan (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang pernah ditandingi, beliau tetap optimis mampu memenangi hati warga Pulai kerana telah berkhidmat di kawasan itu dalam arena politik, termasuk ketika menjadi Speaker DUN Johor bagi tempoh 2018 sehingga awal tahun lepas.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor dan Ketua Amanah Kawasan Pulai sejak 2015 itu, yakin mampu menggalas amanah dan kepercayaan yang diberikan parti, apatah lagi meneruskan legasi penyandang kerusi sebelum ini, iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Pulai ialah kerusi yang dimiliki PH dan kita mahu ia dikekalkan dengan majoriti yang meyakinkan, ini untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang ditadbir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Amanah dan PH telah beri kepercayaan kepada saya untuk bertanding, saya faham bahawa ini satu tugas berat kerana saya membawa amanah untuk menyambung legasi dilaksanakan Allahyarham. Insya-Allah saya bersedia menggalas amanah ini,” katanya di Program Outreach Sara Hidup Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Salahuddin memenangi kerusi Pulai buat kali kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan majoriti 33,174 undi, sekali gus mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Meskipun tanggungjawab agak berat, Suhaizan memegang pesanan Allahyarham yang mahu pegawainya turut sama bekerja serta berkhidmat untuk rakyat, yang akan sentiasa menjadi kata-kata semangat buatnya.

Beliau mengimbau kenangan Allahyarham pernah berseloroh tidak mahu mempertahankan lagi kerusi Parlimen Pulai selepas PRU15, yang dilihat antara petanda pemergiannya.

“Bagi kami, Pulai kawasan yang sesuai untuk Allahyarham dan apabila beliau bercakap tentang kerusi yang mahu dilepaskan, ia perkara yang luar biasa, tetapi kami tidak sangka ia benar berlaku,” katanya.

Semalam, Presiden parti Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Suhaizan mewakili PH bagi kerusi Parlimen Pulai, manakala Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram pada kedua-dua PRK bulan depan.

PRK dilaksanakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos depan, 5 Sept untuk pengundian awal dan 9 Sept sebagai hari mengundi untuk kedua-dua PRK itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa 10 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar