web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua ADUN Tuntut MB Kelantan Mohon Maaf Dalam Tempoh Seminggu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 2:57PM

Dr Hafidzah dan Mohd Syahbuddin dalam sidang media menuntut MB Kelantan membuat permohonan maaf. - gambar Facebook Dr Hafidzah Mustakim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan mereka menolak perjuangan Islam.

ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan (PH) dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dari Barisan Nasional (BN) menyatakan tindakan memfailkan saman sivil di mahkamah akan dilakukan jika  permohonan maaf berkenaan gagal dibuat.

Mohd Syahbuddin berkata kenyataan sedemikian adalah budaya takfiri yang boleh memecah-belahkan rakyat dan masyarakat negara ini.

"Kami tersinggung dengan pernyataan Menteri Besar ini yang saya anggap sebagai melampau dan ekstrim dan ia mewakili 10,742 rakyat Galas yang mengundi BN dan 9,691 rakyat Kota Lama mengundi PH," katanya dalam sidang media bersama Dr Hafidzah, di sini, hari ini.

Mohd Nassuruddin dalam satu rakaman video yang tular mendakwa kemenangan PAS semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan 12 Ogos lepas adalah kemenangan perjuangan Islam serta menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN sebagai pihak yang 'menentang perjuangan Islam.'

Dalam pada itu, Dr Hafidzah berkata kenyataan tersebut tidak sepatutnya diungkapkan kerana Mohd Nassuruddin sebelum ini menyatakan mahu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

"Ini bertentangan dengan semangat federalisme, tidak menghormati langsung bahawa dalam negara demokrasi kita ada pilihan rakyat untuk memilih dan kita akan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyemak dan imbang dalam Dewan, sedangkan peringkat tertinggi memandang serong kepada kita,” katanya.

Kedua-dua mereka telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis tuntutan maaf tersebut kepada Mohd Nassuruddin.

PAS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Kelantan.

Sementara itu, Mohd Nassuruddin berkata tiada keperluan untuk beliau memohon maaf berhubung perkara itu seperti yang dituntut oleh dua ADUN berkenaan.

"Minta maaf itu jika kenyataan itu salah, tiada orang yang meminta maaf kalau benda tidak salah. Dalam ucapan itu saya sebut perjuangan Islam, saya tidak sebut mereka lawan Islam.

 "Boleh teliti semula ucapan itu jelas dan nyata. Perjuangan Islam dan lawan Islam itu dua perkara yang berbeza...jangan pusing mengatakan saya menyebut mereka menentang Islam, boleh dengar elok-elok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pendahuluan kepada mangsa ribut di Masjid Mukim Kota, di sini, hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad