web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan PN Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza Khilaf, Bermotif Politik – Adam Adli

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 1:04PM

Logo Hari Kebangsaan 2023 peringkat Persekutuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang bercadang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza di empat buah negeri di bawah pentadbiran gabungan itu disifatkan khilaf, tidak patriotik dan bermotif politik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata perkara itu seharusnya tidak berlaku memandangkan sambutan Hari Kebangsaan adalah salah satu pendekatan untuk menggambarkan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

“Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara, meraikan semangat kemerdekaan, semangat perpaduan dan semangat kenegaraan. Ia tiada kena mengena dengan pegangan atau ideologi parti politik.

“Jadi adalah sesuatu yang amat khilaf bagi mana-mana pihak untuk mengajukan tema berbeza bagi sambutan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata pihaknya kecewa dengan keputusan pembangkang itu dan tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza dengan yang digunakan di peringkat Persekutuan.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata cadangan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza hanya akan memecahbelahkan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau yang menyifatkan perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dalam negara berkata sepatutnya kepimpinan PN berjiwa besar, lebih-lebih lagi setelah rakyat membuat pilihan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lepas.

“Sepatutnya kita boleh berjiwa besar, rakyat di negeri yang terlibat PRN telah buat pilihan, tetapi kita jangan meruncingkan lagi perhubungan. Tindakan ini (logo dan tema berbeza) bukan menyatupadukan hubungan malah meruncingkan hubungan,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Melangkah Bersama Peniaga Wanita B40 di Johor Bahru. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar