web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Nasihat Muhyiddin Tumpu Kes Mahkamah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 2:08PM

Anwar nasihatkan Muhyiddin tumpu kepada kes mahkamah yang masih dihadapinya dan bukan mendesak supaya kerusi Perdana Menteri dikosongkan. - gambar Salwa Farhana Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menumpukan pada kes mahkamahnya dan bukannya mendesak beliau meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Perdana Menteri berkata ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen.

“Kita kekal kemenangan kita, masih dapat dua pertiga majoriti ahli Parlimen, dia buat perkiraan apa, saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi di sini hari ini.

Sebelum ini Muhyiddin mendesak Anwar dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini.

Muhyiddin mendakwa kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik yang diterajui Anwar dan Ahmad Zahid.

Dalam PRN baru-baru ini gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional menang di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala PN mengekalkan kemenangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu Anwar menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak bersetuju dengan andaian bahawa pengundi Melayu dan anak muda mudah terpesong dengan hasutan kaum dan agama, pasca keputusan PRN baru-baru ini.

Katanya beliau sedar, dasar MADANI yang dibawa Kerajaan Perpaduan perlu mengambil masa untuk difahami rakyat dan ia merupakan satu cabaran agar jentera dan pimpinan parti bekerja lebih keras memaknai dan menterjemah konsep berkenaan sehingga ke akar umbi.

“Ia mengambil masa, saya tak setuju semua pihak salahkan orang Melayu, menyalahkan kefahaman mereka bahawa mereka itu mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama,” katanya, ketika ditanya berhubung strategi kerajaan MADANI yang dilihat tidak berkesan dalam menarik undi pengundi Melayu.

Perdana Menteri berkata beliau juga telah membangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam berhubung peri pentingnya rakyat disantuni dengan lebih banyak berdasarkan konsep MADANI, menggunakan pendekatan hikmah dan kebijaksanaan.

Mengenai hubungan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan tiga negeri dimenangi pembangkang pada PRN baru-baru ini, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata ia terpulang kepada negeri berkenaan.

“Itu terserah kepada sikap mereka, kalau mereka mahu bekerjasama ada kaedahnya bukan saja dari segi kenyataan juga tindakan. Saya nak pastikan semangat tatakelola itu betul, mahu wang untuk orang miskin, bagi orang miskin, jangan dialihkan ke lain,” kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini