web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencapaian Cemerlang DAP Pada PRN Bawa Mesej Penerimaan Pengundi Melayu – Nga

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 3:52PM

Nga Kor Ming. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pencapaian cemerlang DAP menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lepas membawa mesej penerimaan pengundi Melayu terhadap parti itu yang selama ini diselubungi persepsi negatif, kata Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming.

DAP memenangi 46 daripada 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam PRN yang lalu.

“DAP dulu dimomok dengan pelbagai cerita palsu tetapi rakyat kini nampak komitmen parti...ini bawa mesej positif kepada parti,” kata Nga yang menyifatkan kemenangan paling manis adalah di DUN Sungai Pelek, Selangor, yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.

Nga yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam sidang media selepas Majlis Prapelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 di sini hari ini berkata kejayaan pada PRN itu juga membuktikan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan berada pada landasan yang betul.

“Ini permulaan yang baik memandangkan DAP-UMNO baru jalin kerjasama selama lapan bulan...berilah masa untuk Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan,” katanya.

Kejayaan DAP menang di 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor (15), Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah, menyaksikan parti itu mencapai kemenangan 97.9 peratus pada PRN pada 12 Ogos itu.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad