web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Satu Pertiga Calon Wanita Menang Dalam PRN 2023

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 4:41PM

Poster ucapan terima kasih Dr Hafidzah kepada pengundi, jentera dan rakyat DUN Kota Lama, Kelantan. - gambar Facebook Dr Hafidzah Mustakim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Pembabitan wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir semalam dilihat rendah dengan hanya diwakili seramai 71 calon daripada 572 ahli politik yang bertanding.

Walaupun ia hanya menyumbang kepada 12.4 peratus daripada keseluruhan calon bertanding, seramai 24 daripada mereka berjaya memenangi kerusi DUN, iaitu kadar kejayaan pada 33.3 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan..

Calon Amanah Dr Hafidzah Mustakim boleh dikatakan pemenang terbesar kerana beliau berjaya memenangi satu kerusi untuk Pakatan Harapan (PH) di Kelantan iaitu di Kota Lama.

Pada penggal lepas, PH langsung tidak memperoleh sebarang kerusi DUN di Kelantan.

Sebelum ini, DUN Kota Lama adalah milik PAS.

DUN itu dan juga Galas adalah dua kawasan yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu yang tinggi berbanding yang lain.

Wakil rakyat sebelum ini, Anuar Tan Abdullah memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, dengan majoriti tipis sebanyak 1,445 undi.

Beliau yang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan sejak 1999 membuat keputusan tidak bertanding dan bersara pada PRN kali ini.

Pada PRN yang berakhir semalam, Dr Hafidzah berdepan dengan calon PAS, Datuk Zamri Ismail, Tan Boon Kian dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Kejayaannya biarpun hanya memperoleh majoriti sebanyak 202 undi, ia tetap satu kisah kejayaan yang membawa erti.

Dr Hafidzah adalah antara 26 calon wanita yang bertanding bawah panji-panji PH.

Seramai 14 calon wanita PH yang berjaya memenangi kerusi DUN termasuk muka baharu, Phee Syn Tze di Sg Puyu, Pulau Pinang, yang memperoleh sebanyak 21,330 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN) Andrew Teow.

Seramai 19 lagi calon wanita yang menang mewakili PN termasuk seorang lagi muka baharu iaitu Nurul Syazwani Noh, yang merampas DUN Permatang dengan majoriti 1,728 undi. Beliau adalah anak kepada bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Noh Omar.

Pada masa sama, Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi tercorot apabila hanya seorang dariapda 12 calon wanitanya yang bertanding berjaya memenangi kerusi DUN iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Isteri bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Isa Abdul Samad itu menang di Juasseh, Negeri Sembilan dengan hanya 78 undi majoriti, mengalahkan calon PN, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Calon-calon dipertaruhkan MUDA dalam PRN kali ini gagal memperoleh sebarang kerusi selain hilang wang deposit termasuk 10 calon wanitanya.

Sementara itu, dua calon bebas berjaya memperoleh undi mencukupi bagi mengelakkan daripada hilang wang pertaruhan iaitu Safwan Hanif Shafie yang bertanding di Ayer Hangat, Kedah dan Mohamad Rafie Ab Malek di Ampangan, Negeri Sembilan.

Safwan yang juga bekas pemimpin PAS di Langkawi, berdepan calon PN, Shamsilah Siru, mampu meraih sebanyak 6,877 undi atau 30.4 peratus.

Shamsilah menang dengan kelebihan 3,824 undi manakala Rafie yang juga bekas pemimpin PKR di Seremban berjaya memperoleh 3,079 undi iaitu 20.7 peratus daripada keseluruhan undi yang diperoleh semalam. – Getaran, 13 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek