web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Akan Lantik Calon Bersatu Dalam Barisan Exco Di Terengganu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 3:09PM

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - gambar Ana Maria Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Perikatan Nasional (PN) di Terengganu akan melantik calon Bersatu dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri yang baharu, susulan kemenangan di semua 32 kerusi  dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 semalam.
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata senarai barisan pentadbiran kerajaan negeri yang baharu dijangka diputuskan dalam tempoh seminggu ini.
“Kita masih dalam pertimbangan dengan teliti kerana kita sekarang menjadi sebuah parti muafakat politik dalam PN jadi tentulah ada pertimbangan dan penambahbaikan dalam portfolio yang perlu diharmonikan.
“Jadi kita akan ambil masa teliti balik kedudukan portfolio ini dan sudah tentu akan ada wakil Bersatu,” katanya kepada media di Masjid Rusila.
Pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu berkata, PN masih lagi belum menerima tarikh daripada pihak Istana Terengganu untuk istiadat angkat sumpah jawatan.
Katanya perkara itu tertakluk kepada perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Abidin.
“Presiden PAS akan mulakan proses untuk bawa surat dan akan dipersembahkan kepada Tuanku tentang cadangan barisan kepimpinan negeri.
“Tarikh angkat sumpah tertakluk kepada Istana,” katanya.
PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang kesemua kerusi DUN dalam PRN semalam.
Dalam PRN kali ini, PN mempertaruhkan 27 calon daripada wakil PAS manakala lima lagi merupakan calon Bersatu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, dilaporkan  berkata kepimpinan tertinggi untuk Kedah dan Terengganu akan dikekalkan sekiranya kemenangan memihak kepada mereka pada PRN ke-15.

Pada penggal lalu, Terengganu dipimpin Ahmad Samsuri manakala Menteri Besar Kedah adalah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi Kelantan akan ditukar sekiranya gabungan PN terus diberi mandat untuk mentadbir negeri itu seperti diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat, yang dipengerusikan presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, Pentadbiran PAS Terengganu juga akan mewujudkan sebuah kelab ‘backbencher’ atau kelab penyokong kerajaan yang akan berperanan sebagai pembangkang dalam kerajaan negeri.

Beliau berkata ia bagi memastikan kerajaan negeri tetap mempunyai proses semak dan imbang biarpun tanpa kehadiran ADUN pembangkang.

“Ia seumpama pembangkang tapi peranan yang lebih positif.

“Jadi itu akan dirangka kerajaan negeri bagaimana untuk menjadikan backbencher ini berperanan sedemikian,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri komited dalam perkara itu justeru ketiadaan wakil rakyat pembangkang dalam pentadbiran negeri maka tidak seharusnya dilihat sebagai fenomena tidak sihat.

“Saya rasa tidak ada masalah.. kena lihat dari sudut positif walaupun tidak ada pembangkang tapi kita masih boleh laksanakan proses semak dan imbang dalam kerajaan negeri,” katanya. – Getaran, 13 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad