web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH-BN Tingkatkan Usaha Untuk Mendapatkan Undi Kaum India di Selangor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 12:26PM

Kempen PH-BN di Sijangkang, Kuala Langat. Gabungan Perpaduan kini giat menambat hati pengundi India di lima kawasan DUN di Selangor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING – Kurang 24 jam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), tumpuan kini terarah kepada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) penting  di Selangor, apabila undi masyarakat India menjadi penentu.

Kerusi berkenaan adalah Kuala Kubu Baharu, Bukit Melawati, Sg Pelek, Dengkil dan Dusun Tua, yang menjadi pusat pertembungan politik yang sengit, dengan nasib negeri, dan mungkin juga negara berada dalam ketidakpastian.

Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional telah melancarkan usaha besar-besaran dalam usaha memenangi kerusi berkenaan, bagi memperoleh sokongan komuniti India, sekaligus mengakui kuasa mereka untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Menurut V. Papparaidu, calon PH di Banting, ramai nama besar berkumpul di kerusi-kerusi DUN tersebut untuk meraih sokongan daripada penduduk tempatan, terutama komuniti India.

“Fokus ketika ini adalah kepada undi komuniti India untuk Kerajaan Perpaduan, dengan undi komuniti Cina sudah diperolehi manakala undi Melayu masih belum pasti,” katanya.

Beliau berkata pemimpin dan penyokong kini turun ke peringkat akar umbi untuk memberi penjelasan dengan sebaik mungkin mengenai kepentingan mereka mengundi pada pilihan raya kali ini.

Usaha itu digiatkan ketika kempen kempen bersepadu untuk menghalang pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kempen berkenaan disasarkan kepada komuniti India, membawa mesej bahawa tiada perubahan akan berlaku jika mereka keluar mengundi dan semua ahli politik sudah memperdaya komuniti berkenaan.

Walaupun dipercayai bahawa sesetengah daripada mereka yang menyebarkan propaganda itu sebenarnya adalah cyber trooper yang dibayar oleh parti-parti politik, kempen ini tidak berjaya mendapat banyak daya tarikan.

Papparaidu berkata, Perikatan Nasional (PN) yang akan mendapat kelebihan manakala PH-BN akan kerugian jika komuniti India tidak keluar mengundi esok.

“Masa depan kita menjadi pertaruhan ketika ini. Kita tidak boleh membenarkan diri diperbodoh-bodohkan. Sekurang-kurangnya, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwaer Ibrahim, kita oleh melihat masa depan yang lebih cerah untuk semua pihak.

“Kita sudah menunggu selama 60 tahun dan ramai pemimpin datang dan pergi.  Oleh itu, mengapa kita tidak boleh berikannya tempoh empat tahun lagi untuk melihat apa yang boleh dilakukannya untuk komuniti ini,” katanya yang ditemui di Banting.

Bercakap mengenai peluangnya di Banting, beliau berpendapat ia adalah cerah berikutan pengundi amat menyenangi parti yang memerintah.

Bagaimanapun, beliau mengakui keadaan tidak semudah itu di DUN berhampiran dalam kawasan Parlimen Kuala Langat iaitu di Morib dan Sijangkang.

Kedua-dua kerusi berkenaan dianggap sebagai kubu kuat PN dan PH mungkin berdepan tugas sukar untuk menang.

Menjelang hari pengundian, gelanggang politik di pelbagai kawasan DUN kini penuh dengan pengharapan. Kemuncak usaha dan strategi oleh gabungan PH-BN pula menekankan kepentingan kawasan-kawasan ini.

Anwar dijadualkan berucap pada ceramah mega di Sg Kandis malam ini, manakala ramai pemimpin kanan parti dijangka turun berkempen.

DUN Sg Kandis yang mempunyai 17 peratus pengundi India dan 68 peratus pengundi Melayu mendapat perhatian ramai ketika ini.

Kerusi itu sebelum ini diintai Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz namun rundingan mengenainya gagal dan penyandang kerusi, Zawawi Ahmad Mughni bertanding mempertahankan kerusi itu.

PN telah mencapai kemajuan besar di situ dan PH berkemungkinan berdepan kesukaran untuk mengekalkan kerusi itu.

Justeru, undi daripada komuniti India dan Cina mampu menyondongkan keseimbangan dalam pertarungan yang rapat.

Apa yang jelas dalam keadaan tidak menentu ini, undi kaum India akan menggunakan kuasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam membentuk nasib politik Selangor. – Getaran, 11 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek