Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tunggang Agama: Cadangan Ambil Tindakan Tegas Telah Dikemukakan Kepada Agong - Anwar

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 8:01AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengemukakan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan serta menunggang agama Islam.

Anwar berkata cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah setelah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Tunggu 12 Ogos, selepas itu apapun keputusan (selepas hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri)…Ini bukan soal politik, saya tidak peduli dia sokong siapa, itu hak dia.

“…tetapi kalau kamu tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum orang, memfitnah orang, fitnah yang besar, nak kafirkan orang yang tak sokong dia adalah musuh Allah…saya nak beritahu malam ini…we will not tolerate with this nonsense (kita tidak akan bertolak ansur dengan karut ini),” katanya.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale Kita Selangor, di sini, malam ini, yang turut dihadiri Ahmad Zahid selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Fadillah merangkap Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar berkata cadangan tersebut adalah bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja buat kaum Melayu.

“Ya kita tingkatkan fahaman Islam, penghayatan Islam. Kita tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan mantapkan martabat Bahasa Melayu (sebagai) bahasa pengantara dan bahasa ilmu. Kita jamin keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan kita muliakan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Tetapi dengar sini baik-baik, jangan kita hina mana-mana anak Malaysia daripada mana-mana kaum...Setiap rakyat, baik Dayak di Kapit, Cina, India beragama Hindu, semua itu warga kita dan mesti kita pertahankan, ” katanya.

Perdana Menteri berkata ini kerana rakyat daripada semua kaum di Malaysia berhak untuk disantuni dan mendapat pembelaan.

“Ini bukan mainan campur-tolak. Saya sokong orang Melayu dan ini bukan bermakna saya akan singkir orang Cina... Saya tegaskan sekarang, negara ini mesti selamat. Negara ini mesti menyatuni semua rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid, yang menyentuh mengenai PRN ketika berceramah pada program berkenaan berkata, peluang diberikan PH kepada BN untuk bertanding 108 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuktikan keikhlasan PH dalam bekerjasama dengan BN.

Katanya, justeru, jentera BN bertanggungjawab untuk membantu calon gabungan itu serta PH bagi membalas keikhlasan yang ditunjukkan oleh PH dan berusaha meraih kemenangan pada PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Selain itu, beliau mengulangi keyakinannya bahawa Selangor akan ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan, malah mahukan Datuk Seri Amirudin Shari untuk terus menjadi Menteri Besar negeri berkenaan pasca PRN itu.

“Walaupun kita diserang dan diterjah dengan pelbagai fitnah tetapi saya yakin apabila merah (PH) dan biru (BN) bercantum dengan penuh keserasian, insya-Allah (raih kemenangan),” tambahnya.

Hari pengundian PRN membabitkan enam negeri berkenaan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak Sabtu ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Sukan 7 jam yang lalu

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

Sukan 7 jam yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11

Semasa 1 hari yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad