web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Penyedia Platform Media Sosial Bantu Padam Kandungan Sentuh 3R

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 3:50PM

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (dua, kiri) melawat rumah yang musnah dalam kebakaran pada 8 Ogos lalu, ketika menyerahkan sumbangan kepada enam keluarga terbabit di Taman Kulai hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Penyedia platform perkhidmatan media sosial memberikan kerjasama baik dalam membantu memadam kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata perkara itu berdasarkan laporan yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dipertanggungjawabkan untuk menyekat kandungan seumpama itu khususnya daripada parti politik ketika musim pilihan raya ini.

Beliau berkata pemantauan sentiasa dilakukan pihak kementerian bersama MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil secepat mungkin.

“Kita memang ada terima aduan (kandungan berunsur 3R) daripada MCMC ketika PRN ini, dan MCMC sudah meminta bantuan daripada penyedia platform seperti TikTok dan Meta untuk memadam kandungan seumpama itu.

“Berdasarkan laporan daripada MCMC, syarikat penyedia platform media sosial memberikan kerjasama sepenuhnya dan kita menghargainya. Tetapi, ada juga yang tidak begitu responsif dan kita akan berbincang lebih lanjut dengan mereka untuk mengukuhkan lagi kerjasama,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada enam pemilik rumah yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Ibrahim, di sini hari ini.

Beliau berkata diminta mengulas mengenai kerjasama penyedia platform media sosial dalam menyekat kandungan 3R sepanjang PRN berlangsung.

Teo turut menasihatkan calon-calon parti politik agar tidak menggunakan isu 3R sebagai senjata untuk berkempen pada saat-saat akhir, sekali gus menyeru pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.

“Tinggal dua hari sahaja lagi untuk berkempen, jadi saya ingin menyeru kepada semua calon untuk menggunakan masa emas ini bagi menjelaskan apa yang mahu ditawarkan kepada rakyat dan jangan guna isu 3R sebagai senjata untuk berkempen,” katanya.

Sabtu ini adalah hari mengundi PRN di Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

Terdahulu Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata pihaknya memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM46,000 kepada enam pemilik rumah yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Ibrahim, Kulai, dua hari lepas.

Teo berkata bantuan tersebut bertujuan meringankan beban penerima dan beliau juga akan membantu pemilik rumah untuk  mendapatkan sumbangan membaik pulih rumah daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam masa terdekat. - BERNAMA 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad